Pasangan warga emas turun awal mengundi
SUNGAI BESAR - Sepasang suami isteri warga emas yang menetap di Sungai
Buloh, Jeram menjadi pengundi pertama membuang undi di Pusat Daerah
Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Utama, di sini, pagi tadi.
Ham Ah Hon,75, dan isterinya, Kee Ah See, 71, tiba kira-kira jam 7.30 pagi dan menunggu di pintu pagar sekolah berkenaan.
Ah Hon berkata, dia menunaikan tanggungjwabnya sebagai pemilih lebih 10
kali dan pengundian kali ini disifatkannya sebagai sesuatu yang
istimewa.
"Saya teruja untuk ke tempat mengundi. Biasanya memang saya antara pengundi terawal sebab tak mahu beratur panjang.
"Biasa saya undi pada Pilihan Raya Umum, tapi kali ini lain sikit sebab
kita pilih wakil rakyat untuk ganti rakyat sebelum ini yang meninggal
dunia ," katanya.
Guru vokal sebuah pusat nyanyian di Klang itu memberitahu, dia bertolak
awal dari rumahnya disebabkan faktor cuaca dan ingin ke Klang.
"Saya tengok cuaca baik tak panas... saya cakap dengan isteri, kita
kena keluar awal... lagi pun saya kena ajar kelas nyanyian tengah hari
ini," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment