Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO TIADA MOHON MA'AF KAMU BOLEH BUAT APA ? KALO KAMU KATA APAPUN DIA PEDULI APA ?


Pemuda Umno gesa Kor Ming buat permohonan maaf‎
Pemuda Umno gesa Kor Ming buat permohonan maaf‎
Exco Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra dan Ketua Pemuda Umno Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor menyerahkan memoramdum bantahan kepada Setiausaha Eksekutif DAP Perak, Liew Wai San di hadapan Wisma DAP Negeri, tengahari tadi.‎
 
IPOH - Pemuda Umno Malaysia, menggesa Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam di negara ini atas dua kenyataannya terhadap umat Islam di negara ini yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.
 
Malah menurutnya, dua kenyataan berkenaan sangat tidak bertanggungjawab selain turut menolak nilai-nilai tatasusila yang selama ini diamalkan oleh masyarakat majmuk di negara ini.

"Dia (Kor Ming), perlu tampil dan memohon maaf kepada seluruh umat Islan dan Melayu di negara ini atas apa yang dilakukan.

"Sekiranya tiada permohonan maaf daripada beliau, kita akan beranggapan dirinya (Kor Ming), sebagai seorang Ahli Parlimen yang kolot, tidak mempunyai integriti selain moral yang rendah.

"Kita juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara ini agar keharmonian kaum di negara kita terpelihara," katanya lagi.

Syamsul berkata demikian pada sidang media setelah menyerahkan memorandum bantahan  beehubung peekara berkenaan di Wisma DAP Negeri, tengahari tadi.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor.

Memorandum bantahan berkenaan diterima oleh Setiausaha Eksekutif DAP Perak, Liew Wai San di hadapan Wisma DAP Negeri, tengahari tadi.

Penyerahan memorandum bantahan berkenaan dibuat berikutan tindakan Kor Ming yang mempersendakan amalan pemberian duit raya sebagai 'dedak' selain ucapan Selamat Hari Raya yang berlatar belakangkan bendera Amerika Syarikat dan tangan berdoa berimejkan rumah api yang juga adalah simbol agama Kristian.

Dalam pada itu, Hairul Anwar berkata, tindakan provokasi berkenaan sengaja dibuat bagi mengalih perhatian masyarakat terhadap isu rasuah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada kerika ini.

Justeru katanya,  pihak berkuasa diharap dapat mengambil tindakan terhadap Kor Ming berikutan ianya bukanlah kali pertama dilakukan oleh Ahli Parlimen Taiping itu.

"Ini bukan kali pertama dia (Kor Ming), berbuat begini (provokasi). Oleh itu kita harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajar-wajarnya kepada beliau," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.