Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KURANG DIDIKAN, SEKOLAH TAK DA MARUAH


Pelajar dakwa dipukul 15 senior
Pelajar dakwa dipukul 15 senior
Maizul (kiri) menunjukkan kesan lebam pada badan anaknya akibat dipukul pelajar senior. (Gambar kanan) Maizul menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Yan, pada Khamis lalu.

ALOR SETAR – Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di sebuah sekolah agama dekat Bukit Besar, Yan mengalami lebam di beberapa anggota badan selepas mendakwa dipukul lebih 15 pelajar senior, Khamis lalu.

Mangsa yang merupakan anak kedua daripada enam beradik turut mengakui terdapat dua lagi rakannya mengalami nasib sama sehingga perlu mendapatkan rawatan hospital akibat kecederaan pada tisu dalaman.

Difahamkan, insiden tersebut bermula apabila ketiga-tiga mangsa yang merupakan pelajar asrama di sekolah berkenaan dituduh mencuri sejumlah wang milik salah seorang pelajar senior di tingkatan lima.

Mereka yang menafikan dakwaan mengambil wang tersebut mendakwa dipukul dengan teruk oleh sekumpulan pelajar senior dalam salah sebuah bilik asrama.

“Lebih kurang jam 12 malam selepas warden balik, pelajar senior panggil semua pelajar tingkatan tiga berkumpul di dataran. Saya tak tahu kenapa kami perlu berkumpul.

“Tiba-tiba saya dan dua lagi rakan dipanggil pelajar senior tingkatan lima untuk masuk bilik asrama yang lain. Mulanya mereka tanya kawan saya mengenai duit yang hilang, tapi dia nafi mencuri duit itu. Selepas itu mereka pukul dia dengan teruk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, seorang lagi rakannya juga mengalami nasib sama selepas menafikan dakwaan mencuri wang milik pelajar senior berkenaan yang dilaporkan hilang pada Rabu.

“Mereka himpit muka kawan saya pada tiang besi dalam bilik dan pukul muka dia dengan kasut. Kemudian mereka tanya pula dengan saya mengenai soalan sama.

“Saya cakap tak tahu mengenai duit itu dan saya tak ambil. Lepas itu mereka pukul saya berulang kali beramai-ramai. Ada yang tendang saya sampai jatuh sebelum pijak belakang saya beramai-ramai. Mereka tumbuk saya, pijak paha sampai sakit,” katanya.

Menyedari perkara itu, salah seorang pelajar tingkatan lima yang kebetulan melalui hadapan bilik tersebut segera membantu mangsa dan meminta pelajar lain bersurai dengan segera.

“Dia papah saya naik ke bilik sebab saya tak boleh berjalan masa itu, sakit sangat. Lebih kurang jam 9 pagi keesokan hari, saya telefon mak dan maklum kejadian itu,” katanya.

Bapa mangsa, Maizul Awang @ Ya, 43, turut mengakui kesal dengan insiden yang berlaku membabitkan anaknya, terutama di sebuah sekolah agama yang sepatutnya menjaga sikap masing-masing.

“Selepas dia maklum kena pukul, saya segera ke sekolah dan berjumpa dengan pihak pengurusan. Tapi pihak sekolah tak percaya anak saya kena pukul sehingga dia dipanggil ke pejabat dan disaksikan sendiri oleh guru-guru mengenai keadaan anak saya yang ketika itu memang masih terdapat kesan lebam.

“Saya memang terkejut dengan kejadian itu sebab ia berlaku di sebuah sekolah agama, lebih-lebih lagi dipukul dengan teruk oleh sekumpulan pelajar yang dikatakan agak ramai,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan pada 30 Jun lalu, kira-kira jam 3.30 petang berserta laporan perubatan dari hospital.

“Saya terpaksa buat laporan ini sebab ia bukan kali pertama, sebelum ini anak saya pernah dipukul sekumpulan pelajar pada April lalu.

“Tapi saya tak buat laporan polis sebab harap kejadian itu tidak berulang. Malangnya ia berulang dan anak saya dipukul dengan lebih teruk. Dulu anak saya dipukul sebab mereka nak pukul orang lain, tapi salah pukul anak saya. Kali ini memang saya terpaksa buat laporan polis,” katanya.

Maizul berkata, laporan polis itu dibuat supaya pihak berkuasa dapat melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

“Kalau anak saya betul curi dan ambil wang itu, saya sedia terima sebarang hukuman untuk anak saya. Tapi kalau anak saya terbukti tidak mencuri, saya harap tindakan tegas dikenakan kepada mereka yang melakukan kecederaan kepada anak saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Muhamad Halim Yatim ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut.

“Kita akan ambil tindakan dan dapatkan suspek-suspek yang disyaki terlibat berdasarkan laporan yang dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.