Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BODOH MACAM TELOQ

Monday, October 3, 2011

Perlukah Dilayan Cabaran Bodoh Ini?


Perlukah dilayan cabaran dari seorang yang maksudnya bermuka-muka.Adakah UMNO juga telah memohon maaf kepada Raja-Raja yang telah disepak dan diterajang kepalanya dulu?Yang terbaru adakah UMNO Terengganu telah memohon maaf kepada Sultan Terengganu dan YDP Agong sekarang?
'Lim mesti menghadap Sultan, buktikan keikhlasan'

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didesak membuktikan keikhlasannya meminta maaf kepada Sultan Johor dengan menghadap baginda setelah membuat kenyataan memburuk-burukkan negeri itu, kata ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

“Sebagai rakyat Johor, saya cabar Guan Eng datang sendiri menghadap Sultan, bukannya membuat permohonan maaf melalui suratk khabar sahaja,” katanya di petik Utusan Malaysia hari ini.

Lim didakwa memburuk-burukkan Johor pada satu lawatan kerjanya ke Singapura dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Johor tidak selamat kepada pelancong dan seseorang mungkin diculik di negeri itu berbanding di Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun telah memohon maaf kepada Sultan Ibrahim Iskandar yang melahirkan rasa kecewa baginda berhubung kenyataan itu.

“Beliua kena buktikan keikhlasan ucapan maaf itu dan tunjukkan yang beliau benar-benar insaf menyatakan sedemikian,” kata Ahmad.

Berikutan rasa tidak puas hati dengan permohonan maaf itu, Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu (PPPM) bertindak membakar patung kertas Lim di Kulaijaya, semalam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.