Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEPA TU DALANG ATAU PEROMPAK ?

Cagar tanah Felda: SPRM perlu siasat Najib, Ahmad Maslan, Isa Samad

 

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berani menyiasat ‘jerung besar’ yang didakwa terlibat membuat keputusan mencagarkan keseluruhan tanah Felda Plantation kepada kumpulan pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun.

Anak meminta SPRM menyiasat keputusan tersebut kerana dikhuatiri terdapat unsur penyelewengan dan salah guna kuasa memandangkan ianya diputuskan ketika Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab tidak ada dalam mesyuarat kerana menunaikan umrah.


Lima individu dinamakan untuk disiasat SPRM iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Presiden Kumpulan FGVH), Datuk Sabri Ahmad.


Presiden Anak, Mazlan Aliman hairan bagaimana PGVH diberikan kepercayaan yang melampau sedangkan ia mempunyai masalah pelaburan menerusi Felda Iffico Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT Etgo Canada, Felda Global Ventures Middle East dan Felda Global Ventures Arabia.


"Siasatan mesti dibuat samaada keputusan berisiko tinggi seperti ini yang melibatkan sebuah agensi milik negara mendapat restu daripada Perdana Menteri sendiri sebagai individu yang bertanggunjawab secara langsung ke atas dasar-dasar Felda.


“Jika keputusan tersebut adalah atas restu Perdana Menteri, adakah ia mengikut peraturan sepatutnya atau dipengaruhi kepentingan peribadi, penyelewengan dan salahguna kuasa,” katanya kepada pemberita di hadapan pejabat SPRM, dekat Putrajaya, petang kelmarin dulu.


Selain itu, SPRM juga diminta menyiasat pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Perbadanan Felda (KPF) sedangkan beliau bukan ahli koperasi.


“Adakah pelantikan Tan Sri Isa Samad mempunyai agenda menguasai aset KPF RM1.7 bilion dan memudahkan ianya dilaburkan kepada FGVH?,” soalnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembagunan Wilayah PAS Pusat.


Beliau juga melahirkan kebimbangan sekiranya aset Felda tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu itu senasib dengan bank Bumiputera, Perwaja Steel dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang bankrap akibat kegagalan urus tadbir ‘jerung besar’.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.