Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU TAK KASI BETOI NANTI DEPA KATA NEGARA NI NENEK DEPA PUNYA

Rabu, 5 Oktober 2011

PAS mahu panel khas betulkan fakta sejarah Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menggesa agar kerajaan menubuhkan panel khas bagi meneliti kembali sejarah negara ekoran percanggahan pendirian antara ahli politik dan akademik termasuk isu sama ada Malaysia dijajah ataupun sebaliknya.

Mahfuz berkata langkah itu penting selaras dengan pendirian Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bulan lalu, yang mahukan subjek sejarah di peringkat sekolah dikaji semula setelah didapati beberapa fakta tidak lengkap dan bercanggah dengan hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Prof Tan Sri Syed Muhammad Naquib Al-Attas menerusi buku terbarunya.

Syed Naquid mempersoalkan mungkin terdapat beberapa sejarah penting tidak dicatit sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga berat sebelah.

“Perbahasan mengenai sejarah ini menunjukkan kita ada masalah kepada ketepatan fakta sejarah.

“Apa salahnya kerajaan dalam isu sejarah ini termasuk isu Mat Indera dibuat satu panel khas untuk membuat penilaian menyeluruh,” kata Mahfuz (gambar), yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Di Dewan Rakyat pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa Malaysia pernah dijajah - bertentangan dengan penegasan beberapa profesor bulan lalu bahawa negara hanya menjadi naungan British.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyatakan pendirian tersebut sekali gus menafikan pandangan Majlis Profesor Negara bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.
“Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya.

“Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah,” kata beliau.

Kementerian Pelajaran juga telah mengadakan satu jawatankuasa untuk mengkaji silibus sejarah ekoran keputusan mewajibkan subjek Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.