Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAKBIR !

05 Oktober, 2011

Presiden PAS Akan Melawat Kubu Kuat Umno?


Membaca pendedahan Sabahkini.net berhubung isu rampasan surau Kg. Lamak Bukit, Silam yang bertajuk ‘Pati Halau Imam, Rampas Surau?’ serta mengamati Klip Video ‘Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT!’; membuatkan kita terpanggil untuk turut sama merasai episod malang yang menimpa jemaah di surau tersebut. PAS Negeri Sabah menyeru pemimpin UMNO tempatan yang pernah mempelopori apa yang mereka sifatkan sebagai Islam 'moderate' yang mereka jenamakan sebagai Islam Hadhari, bertindak segera bagi memperbaiki kepincangan agar Islam tidak terus tercemar!
Sekiranya pemimpin UMNO kelahiran Islam Hadhari yang kini berkonsepkan 1Malaysia gagal untuk menangani episod yang mengaibkan Islam ini, maka PAS Negeri Sabah akan meminta PAS Kawasan Silam melawat surau ini dan seterusnya berusaha menjernihkan situasi yang boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan sesama umat Islam di sana.

Insyaallah dalam lawatan kerja Presiden PAS ke Sabah pada bulan Oktober ini, PAS Negeri Sabah akan menganjurkan pertemuan dengan masyarakat Islam Kampung Lamak Bukit. Juga termasuk dalam jadual lawatan kerja Presiden PAS ke Sabah ialah melawat peneroka di kawasan Kg. Koyah 'A' dan Koyah Bersatu yang terus menerus ditindas dan dizalimi./sabahkini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.