Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PULON APA SAJA SEBELUM TUMBANG !

MP PAS: Najib perlu jelas keraguan projek tapak TUDM Sg Besi

October 11, 2011
KUALA LUMPUR, 8 OktSikap kerajaan yang enggan menjelaskan pelbagai keraguan tentang Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi akan mengakibatkan rakyat menanggung beban, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

“Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dilihat umum sebagai ‘projek Taek Jho Low’ menjadi keutamaan Belanjawan 2012 dan dimasukkan dalam pelaksanaan ‘Rolling Plan’ Kedua yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

“Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Bukan sahaja pindah milik tersebut amat meragukan dan menghapuskan kepentingan strategik dari segi pertahanan serta nilai sejarah pangkalan udara tersebut, malah berlaku pula keraguan demi keraguan lain, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

“Sampai hari ini, rakyat masih menanti jawapan apa perlunya 1MDB melabur secara tunai sebanyak RM3.5 bilion dalam PetroSaudi International Limited yang kemudiannya melabur pula lebih RM1.5 bilion UBG Berhad di mana Jho Low menjadi ahli lembaga pengarahnya.

“Rakyat juga mempersoalkan apa perlunya penglibatan syarikat-syarikat luar seperti Mubadala Development Company dan Qatar Investment Authority sebagai pihak yang memajukan projek yang digelar ‘projek Taek Jho Low’ itu sedangkan syarikat-syarikat tempatan lebih berkemampuan?” kata Salahuddin.

Kerajaan, katanya, sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keraguan-keraguan tersebut sebelum meneruskan tindakan memajukan Pangkalan Udara Sungai Besi yang begitu dipertikaikan itu.

Salahuddin juga melihat belanjawan itu lebih mementingkan projek-projek besar-besaran daripada menyelesaikan masalah dan penderitaan rakyat.

Salahuddin menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak memberi keutamaan kepada masalah dan penderitaan rakyat yang perlu diutamakan.
Kata beliau, bangunan-bangunan di ibu negara masih mempunyai terlalu banyak ruang kosong yang belum digunakan, oleh itu perlunya projek pangkalan TUDM Sungai Besi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.