Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PERLU MOHON MA'AF, YANG DERHAKA BUKAN UMNO TAPI ORANG UMNO ! RAMAI YANG DAH MATI

 

Bila Umno Hendak Minta Maaf Kepada Raja - Raja Melayu



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFs381WHIITmWVMINB7d8rkxwL0TfOf38BYgxhlPkTC-EjpTZvyN9zFh_Ak0z4fEKIq2CnxJ6SZ75Ub2yjjP-vQm2I-0yq150XsQ2pMIqRxcGr6ReC5Wt0Kt6MhfvPsyBD9U3wjuoUPFg/s1600/umno+derhaka.jpg
4 Zulkaedah 1432H,
Oleh: Ust Idris Ahmad

Umno tunjuk hero lagi, konon membela Raja-Raja Melayu. Mereka cuba ambil kesempatan kononnya merekalah mempertahankan Raja-Raja Melayu. Sahlah pemimpin Umno manusia lidah bercabang.

Ketika berada keadaan lemas apa sahaja mereka akan lakukan. Jika modal agama boleh dijadikan alat, maka agama akan diperalatkan, jika isu Melayu yang boleh dijadikan modal politik maka mereka akan menggunakan.

Sekarang isu kononnya Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng mengatakan negeri Johor tidak selamat sehingga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor  murka, maka pemimpin Umno cuba tunjuk hero. 

YAB Lim Guan Eng telah memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Persoalannya bila pula Umno memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu? Rakyat tidak dengar pula, pemimpin Umno yang mengatakan Sultan Trengganu binatang kerana tidak puas hati apabila Datuk Seri Idris Jusuh tidak dipekenan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.

Bila pula pemimpin Umno hendak memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang mengaibkan Raja-Raja Melayu di persidangan Agung Umno dan rapat umum  ketika krisis Pindaaan Perlembagaan Umno 1983 dan 1991?. 
Bila umno hendak meminta maaf kepada Sultan Kelantan kerana begitu biadab sehingga tergamak melantik Sultan hanya di padang Sekolah sahaja?

Mungkin pemimpin Umno lupa dan kita cuba peringatkan kepada mereka bagaimana keceluparan mereka kepada Raja-Raja Melayu. Rakyat tidak lupa, mungkin pemimpin Umno buat-buat lupa.

2 orang berkata:

Ben Ayu said...

Ingatan kami masih segar betapa pemimpin UMNO BeEnd menghina dan mencela sultan kami (Sultan Johor) semasa era pentadbiran Tun Mahathir dulu.

Bukan itu sahaja, malah institusi kerajaan juga menjadi perkakas untuk menyempurnakan matlamat untuk menghakis kuasa sultan. Kami masih ingat bekas pegawai tinggi PDRM, antaranya Rahim Noor dll.

Mengapa tiada tindakan? Sebab semuanya untuk kepentingan BeEnd.

Jaga, jaga ... Kami masih ingat dan sukar untuk melupakannya.

Anonymous said...

nak jawapan yg tepat semua rakyat johor bersatu hati undilah pakatan rakyat nescaya kisah duka nan lara pasti terubat,pegi jahanam umno bn yahudi kan kan kan

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.