02 Oktober, 2012
Rakyat Pengerang Tolak Azalina Othman.. Ini Buktinya
PENGERANG - Sebahagian rakyat Pengerang mahu calon lain menggantikan
Datuk Seri Azalina Othman Said mempertahan kerusi Parlimen itu dalam
pilihan raya umum ke 13. Perkara ini diberitahu oleh bekas Setiausaha
Umno bahagian, Sairy Raasiban yang dihubungi hari ini. “Rakyat tidak
puas hati dengan Azalina termasuk menangani isu petroleum di Pengerang.
Nelayan-nelayan yang terpaksa berpindah tidak puas hati soal pampasan.
“Orang politik (Azalina) kena selesaikan isu supaya mereka mendapat pampasan setimpal,” katanya.
Azalina bekas ketua Puteri Umno dan bekas menteri kabinet sudah dua penggal menjadi ahli Parlimen Pengerang iaitu pada 2004 dan 2008.
Beliau menang tanpa bertanding dalam kedua-dua pilihan raya itu.
“Orang Pengerang ada calon lain…mereka mahu orang tempatan.
“Azalina bukan orang sini (tempatan),” tambah Sairy.
Himpunan Hijau
Sementara itu, Setiausaha Umno Pengerang, Ghazali Abas menjelaskan Azalina telah melakukan apa sahaja untuk membantu penduduk Pengerang dalam isu projek petroleum tersebut.
Tetapi tambahnya, sejak setahun lalu juga pembangkang menyasarkan Azalina seolah-olah tidak memperjuangkan hak penduduk setempat.
“Kita dalam pimpinan Umno bahagian ini telah memberikan penerangan kepada rakyat mengenai manfaat projek ini,” katanya.
Ghazali berkata, orang Umno yang bercakap kononnya penduduk tempatan tidak puas hati dengan projek tersebut sebenarnya tidak bersama lagi dengan kepimpinan.
“Saya kecewa dalam keadaan sepatutnya bersatu, mereka membuat kenyataan seperti ini,” tambahnya.
April lalu, 578 nelayan dari sepuluh kampung nelayan di sepanjang pesisir pantai, Pengerang memfailkan tuntutan dan saman bagi membantah projek pembangunan industri minyak dan gas berhampiran kawasan pantai berkenaan.
Ahad lalu, perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang bermula sekitar jam 10 pagi.
Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka. ~ fmt

0 orang berkata:
Post a Comment