Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISU YANG MENCABO YOB OIIII !


Wednesday, October 31, 2012

Menghadap Agong: Sepanjang Aku Hidup Ni, Aku Tak Nampak Lagi Faedahnya!

Hudud: Pemuda PAS putuskan mengadap Agong

Pemuda PAS memutuskan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi mengetengahkan isu kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkaitan hudud yang didakwa menghina Islam.


Tindakan itu diambil ekoran tempoh seminggu yang diberikan supaya Chua memohon maaf bermula 24 Oktober lalu bukan sahaja tidak diendahkan, tetapi juga didakwa "dibakulsampahkan".


NONE
"Bagi Pemuda PAS Malaysia, sudah sampai masanya untuk Yang di-Pertuan Agong mengetahui tindakan MCA yang berulang kali telah menghina Islam selaku agama rasmi (yang termaktub) dalam perlembagaan Malaysia," kata setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil (atas).

Dewan itu pada 24 Oktober lalu berhimpun dan menghantar memorandum bantahan kepada Chua di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur ekoran kenyataannya bahawa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan sekiranya hudud dilaksanakan.


Dalam kenyataannya hari ini, Khairul Faizi berkata, pihaknya kini sedang mengatur himpunan besar-besaran ke Istana Negara dan berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka berhubung perkara itu.


Katanya, acara itu dirancang diadakan dalam masa terdekat sejurus Baginda berangkat pulang daripada mengerjakan ibadat haji di Mekah. - mk
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.