Selasa, 30 Oktober 2012
PILIHAN JALAN RAYA SEBELUM PILIHAN RAYA
KITA WAJIB TURUN
PRU13 DAN AYAT
SONGSANG
SONGSANG
Dalam
tulisan kali ini saya ingin membawa ayat-ayat songsang. Saya ingin
membuka surah yang
telah di hafal tetapi tidak difahami. Saya ingin membuka bait-bait
yang
sering dilaungkan tetapi tidak dihayati. Saya ingin melagukan shair
kasar yang tidak
akan mententeramkan jiwa. Surah dan bait-bait ini telah menjadi beban
sejarah jika tidak saya dendangkan kepada orang ramai.
Surah
dan ayat songsang ini ialah tentang PRU13 yang akan dijalankan tidak lama lagi.
Bila PRU13 ini akan diadakan saya tidak tahu. Saya bukan nujum. Malah tarikh dan saat PRU13 ini untuk saya
tidak bagitu penting. Untuk saya tarikh PRU13 bukan surah yang akan membawa kita semua ke jambatan yang lurus.
Apa
yang saheh tarikh PRU13 ini hanya akan dijalankan apabila
semua persediaan untuk memastikan United Malays National Organisation kembali
berkuasa telah tersedia. Semua perancangan telah diatur. Lojistik telah
tersusun rapi. Semua yang wajib
dilakukan untuk mengembalikan kuasa kepada Barisan Nasional telah dilakukan.
Pada
hemat saya keputusan PRU13 akan
menafikan Pakatan Rakyat
ke Putra Jaya. Pada pemerhatian saya kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor
akan jatuh ke tangan United Malays National Organisation. Jelas apa yang saya tulis ini adalah
ayat-ayat songsang. Ayat-ayat ‘potong stim’ yang ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak akan bersetuju.
Bunyi surah ini amat kasar tetapi inilah
hakikat realpolitik dalam negara Dunia Ketiga.
Ayat-ayat
songsang dalam tulisan saya ini bukan saya pungut dari mimpi. Ayat ini tidak
saya terima melalui saka. Ayat-ayat ini berasaskan realpolitik yang sedang
berlaku dihadapan mata saya. Ayat-ayat ini datang dari laporan demi laporan
yang saya terima sebagai ahli jawatankuasa
Pemandu Bersih 2.0.
Minggu
lalu Dr. Ong Kian Meng dari MERAP - Malaysian Electoral Roll Analysis
Project –
bersama Bersih 2.0 telah membentangkan laporan terkhir ke Parlimen.
Merap ialah satu badan ilmiah yang membuat kajian tentang daftar
pengundi.
Laporan dari Merap ini cukup memeranjatkan. Justeru, dari laporan Merap
inilah munculnya sebahagian dari ayat-ayat songsang yang saya
tuliskan disini.
Merap
telah bertemu dengan 59,000 nama pengundi – saya ulangi lima puluh
sembilan ribu – pengundi luar negara. Jumlah ini dikenal pasti kerana dalam
senarai daftar nama-nama 59,000 ini menggunakan kod 71. Kod 71 ini bermakna
bakal pengundi ini lahir diluar negara.
Ada dari Afrika, dari Eropah, Vietnam,
India dan dan dan... Awas.. Mat Indon dan Mat Bangla bukan disini nama mereka
tercatit.
Nama
59,000 pengundi dengan Kod 71 ini adalah warga negara Malaysia yang lahir
diluar negara. Maka Hairan bin Takjublah kita semua. Tidak disangka-sangka
rupa-rupanya ramai orang Malaysia lahir di Uganda, Kenya, Sweden , German,
Qatar dan di Itali.
Kita
juga telah membaca dan mendengar surah bagaimana nama-nama pengundi yang amat
pelik lagi memelikan telah ditemui dalam senarai pengundi. Bukit bin Batu. Harimau binti Buaya. Kijang
anak lelaki Ular. Jintan binti Bawang.
Dubai bin Abu Dhabi. Ini hanyalah contoh nama-nama pelik dimana si ayah atau si
ibu ketika mendaftar telah hilang akal
lalu menamakan bayi yang baru lahir ini Sungai binti Laut.
Untuk
pembaca yang tersenyum membaca nama Ular bin Lipan pasti akan terbahak bahak
ketawa apabila diberitahu ada juga pengundi yang namanya ‘ bin .
dan menjadi lawak seram kerana nama
ini bukan ditulis dengan ejaan Koma bin Noktah tetapi dengan simbol ‘.
Lebih
memeranjatkan apabila Merap membuktikan bagaimana satu alamat N0: 994 Jalan
Papan Klang telah didiami oleh 46 orang pengundi.
Pelik bin hairan - bagaimana rumah teres
ini dapat menampong 46 orang penghuni ?
Kalau pun setiap bilik ini ada katil
bertingkat-tingkat saya masih mushkil dan ingin bertanya ada berapa
buah bilik
mandi dan tandas dalam rumah teres ini? Justeru saya membuat kesimpulan
46 orang penghuni rumah ini akan tidur tegak berdiri untuk memastikan
ada ruang untuk kesemua
46 orang. Untuk berak mereka ke belukar.
Awas!
Sikap silatulrahim penghuni amat membanggakan.
Dalam rumah ini ada Muthusamy, Abdullah, Lim Ah Seng, Gobala, ada Jebeng Bibik, Fatimah dan Maureen Pillay.
Inilah contoh rumah Satu Malaysia.
Kes
kalsik sebuah rumah dengan berpuluh-puluh penghuni ini terjadi juga di Lembah Pantai. Sebuah rumah telah
ditemui diduduki lebih dari 20 warga. Alhamdulilah... satu lagi contoh Malaysia
yang aman permai. Tetapi apabila ditemui lot alamat rumah
ini -
yang tersergam ialah Plaza Tol Lebuh Raya Pantai Baru. Ada 20 pengundi
tinggal dalam bilik tol.
Pembaca
sering
mendengar ‘tuduhan’ tentang Mat Bangla, Mat Pilipina dan Mat Indon
telah diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka
mengundi. Apakah ini ayat-ayat setan? Atau ini surah yang saheh?
Mengikut Merap
telah ditemui 170,000 nama pengundi yang berdaftar. Kesemua 170,000 ini
adalah
pengundi yang dilahirkan diluar negara. Disini kita temui Bibik, Embak,
Jebeng dan Suhail. Mereka
semuanya mendaftar dengan kod 71 yang mensahehkan mereka tidak
dilahirkan di
Malaysia.
Untuk
memedaskan lagi tempoyak masam ini – banyak nama- nama ini tidak ada bin atau
binti. Hanya ada satu nama sahaja. Tidak diketahui jantan betinanya. Malah
banyak nama-nama ini tidak memiliki
alamat rumah yang penuh. Contoh
yang diberikan oleh Merap ialah kajian terperinci di Kampong Melayu Majidee
Johor Bahru. Dalam kampong ini ramai Jebeng, Bibik dan Embak yang mendaftar tetapi tanpa
alamat rumah dan nama jalan. Yang
ditulis hanya Suharto Kampong Majidee.
Surah-
surah diatas ini hanyalah sebahagian dari bukti yang telah ditemui oleh Merap.
Ini bukan lagi dongeng atau kesah Haji Desas bin Lebai Desus. Ini saheh dengan fakta dan kajian yang
membuktikan ada perancangan untuk menipu dalam PRU13 ini.
Biar
saya jelaskan sejelas mungkin. Untuk semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat
mereka wajib sedar bahawa yang mereka
lawan bukan parti United Malays National Organisation. Mereka bukan berlawan
dengan MIC, MCA atau Barisan Nasional. Penyokong dan bakal pengundi Pakatan
Rakyat bukan melawan polis, raja,
Islam atau Perlembagaan Malaysia.
Apa
yang dilawan oleh Pakatan Rakyat ialah satu sistem pemilihan calon yang
ditelah direka khusus untuk menipu.
Melawan sistem tipu.
United
Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya telah tidak lagi mendapat
sokongan pengundi. Parti ketuanan Melayu ini telah ditinggalkan oleh Melayu sendiri. Tetapi awas. Dalam PRU13 ini
nanti United Malays National
Organisation akan kembali berkuasa. Hairan?
United
Malays National Organisation akan menang dalam PRU13 bukan kerana sokongan
rakyat tetapi kerana sistem pemilihan ini telah diatur untuk menipu. Sistem
pengundian ini telah disusun khas untuk memastikan penipuan berjalan licin tanpa disedari oleh orang ramai.
Memang
betul semua pengundian akan dijalan dengan mengikut prosedur. Memang tepat semua pengundian
dijalankan mengiikut peraturan. Tetapi prosedur dan peraturan ini semuanya
disusun , semuanya dibuat untuk tujuan menipu.
Contohnya
mesin
ATM akan mengeluarkan duit
sebanyak mana yang kita minta – jika kita memiliki wang simpan dalam
bank.
Tetapi mesin ATM yang dibuat oleh SPR ini akan memastikan jika kita
meminta 20
ringgit maka hanya 15 ringgit akan keluar dan 25 ringgit akan ditolak
dari jumlah simpanan kita. Ini bukan satu yang mustahil. Ini penipuan.
Sistem penipuanlah yang sedang disusun oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
SPR
ini bukan hanya dikepali oleh anggota
ahli parti United Malays National
Organisation. Sistem pengudian tipu yang
disusun SPR ini telah mendapat kerjasama dengan Jabatan Pendaftran
Negara, PDRM, Majlis Keselamatan
Negara dan United Malays National
Organisation.
Contoh
penipuan yang paling senang untuk difahami ialah pengunaan dakwat kekal. Di negara-negara lain
- biasanya sesudah mengundi maka Si Pengundi akan mencelupkan jari ke dalam
botol dakwat. Kunci ayat songsang ini
ialah – SESUDAH. Tetapi dalam sistem SPR Malasia jari tidak dicelup ke dakwat kekal tapi hanya
dicalit halus. Untuk terus menipu calitan halus ini dibuat SEBELUM memangkah.
Kenapa
calit dakwat sebelum memangkah? Ini untuk memastikan akan banyak undi rosak
terpalit dakwat hitam. Undi rosak ini pastilah undian untuk Pakatan. Penipuan guna
dakwat hitam ini diteruskan untuk apa yang dikenali sebagai Pengundi Awal.
Sebelum ini tidak wujud Pengundi Awal ini. Siapa pengundi awal ini?
Pengundi
awal ialah pekerja SPR di hari membuang undi. Dulu ada 100,000 – kinio ditambah
untuk menjadi 240,000 – saya ulangi dua ratus empat puluh ribu pengundi. Di
katakan mereka akan mengundi awal tetapi tidak diketahui seawal mana? Lima
hari? Tujuh hari atau tiga hari? Lagi awal mengundi lagi baik kerana tanda
telah lama hilang. Mereka boleh mengundi
beberapa kali lagi.
Surah
dan ayat-ayat syaitan diatas membuktikan
bahawa apa yang dilawan oleh Pakatan Rakyat bukan parti politik. Yang dilawan ialah satu sistem pemilihan yang
dibentuk dan direka khas untuk menipu.
Sistem penipuan ini diwujudkan oleh SPR untuk memastikan United Malays National Organisation akan kembali
berkuasa. Itu saja ayat songsang? Tidak
ada lagi minggu depan. (TT)
NOTA:
tulisan ini telah
disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru
sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
4 ulasan:
Setakat nak harapkan lonjakan sokongan luarbiasa semata-mata utk menimbus segala penipuan, rasanya agak mustahil sekali...
Apa pun aku hanya beserah pada Allah apa rencana terbaik yang akan diaturkan oleh-Nya apabila tiba masanya nanti...Allahuakbar!