Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, November 1, 2012

Mekanik Terima 1 SAMAN Trafik, 3 SAMAN AES Tetapi Bukan Keretanya


Mangsa menunjukkan saman AES yang diterimanya, tetapi kereta yang berbeza.

JOHOR - Seorang mekanik berusia 57 tahun telah menerima 1 saman trafik dan 3 saman daripada kamera AES dalam masa 2 bulan. Bagaimanapun ia menafikan saman itu adalah miliknya kerana gambar yang ditunjukkan oleh kamera AES itu adalah kereta yang berbeza tetapi menggunakan nombor pendaftaran yang sama.

Mangsa yang memandu kereta Perodua Alza silver bernombor pendaftaran JNJ 4186 menerima saman pertama daripada JPJ menunjukkan pada 28 September jam 4.22 ptg beliau memandu laju di Batu Pahat, sedangkan pada masa itu beliau sebenarnya masih bekerja.

"Selepas insiden itu, saya pergi ke balai polis untuk melaporkan perkara ini. Seminggu kemudian saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa saman ini akan dibatalkan" katanya.

Mangsa kemudiannya menerima saman kedua bertarikh 2 Oktober jam 5.33 ptg kerana memandu laju di kilometer 376.9 lebuhraya Utara-Selatan. Pada tarikh dan masa itu juga beliau sedang bekerja dan mempunyai dokumen yang membuktikan dia sedang bekerja.

Mangsa yang tidak berpuas hati telah merujuk ke ibu pejabat JPJ Johor dan diarahkan untuk membuat pemeriksaan kenderaan miliknya supaya dapat disahkan. Akhirnya keputusan yang diperolehi menunjukkan kereta miliknya adalah sah dan tulen tanpa ada sebarang perubahan.

Pemeriksaan membuktikan badan dan enjin kereta milik mangsa adalah tulen.


Pihak berkuasa JPJ kemudiannya memberikan kepada mangsa alamat Syarikat Pengurusan AES supaya saya dapat menulis surat untuk memaklumkan insiden yang sebenar. Bagaimanapun tidak lama kemudian mangsa menerima lagi saman AES untuk kali ketiga dan keempat.

Lebih menarik lagi, saman AES ketiga dan keempat yang diterima mangsa bertarikh 20 Oktober itu menunjukkan mangsa memandu laju pada jam 1.52 petang di kilometer 375.9 lebuhraya Utara-Selatan dan pada jam 4.03 petang di kilometer 204.6 lebuhraya Utara-Selatan. Gambar yang ditunjukkan dalam saman AES itu adalah model kereta yang samatetapi warna yang berbeza iaitu warna hitam.

Mangsa yang menerima 4 saman kerana memandu laju ini disaman sebanyak RM300 setiap kesalahan. 2 lagi saman yang diterimanya memerlukan mangsa untuk hadir ke Mahkamah Majistret Taiping pada 7 Januari dan Mahkamah Slim River pada 8 Januari.

Walaupun telah membuat laporan polis sebanyak 4 kali dan banyak kali merujuk JPJ serta polis trafik namun masalah saman yang diterimanya masih tidak dapat diselesaikan walaupun mangsa mempunyai dokumen lengkap yang kukuh menyebabkan mangsa merasa sangat kecewa.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.