Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
AES: JPJ sedia hantar pegawai untuk penjelasan

31 Oktober 2012
AES
Sistem AES
KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersedia menghantar pegawainya untuk memberi penjelasan terperinci mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri pembangkang sekiranya terdapat permohonan daripada negeri berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata setakat ini hanya dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor yang membuat permohonan untuk mendapatkan penjelasan.
"Kami bersedia memberikan penjelasan lanjut berhubung AES ini supaya orang ramai lebih faham terutamanya dari segi teknikal.

"Mungkin penjelasan sebelum ini orang ramai tidak cukup faham namun saya yakin jika diberi penjelasan, orang ramai dapat menerima pelaksanaan ini dan berharap mendapat kerjasama dari semua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Bulan Inovasi peringkat negeri, di sini hari ini.

Semalam akhbar melaporkan bahawa empat negeri di bawah pentadbiran pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah akan menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperoleh.

Ismail berkata AES dilaksana bagi mengesan pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya sekaligus diharap dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Sistem itu akan dipasang di lokasi yang sering berlaku kemalangan maut, katanya. Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti lokasi bagi menempatkan 831 kamera AES di kawasan strategik di seluruh negara untuk mengesan pesalah jalan raya sama ada di kawasan lampu isyarat atau melebihi had laju. 

Setakat ini sebanyak 14 kamera AES telah dipasang iaitu tujuh di Perak, masing-masing dua di Selangor dan Putrajaya dan tiga lagi di Kuala Lumpur. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.