Jangan korbankan Felda demi kepentingan politik
31 Oktober 2012
Beliau berkata pihak yang disifatkannya sebagai 'makhluk perosak' itu lebih berminat mendapatkan 'keuntungan politik' daripada membela nasib lebih 100,000 peneroka Felda seluruh negara.
"Saya minta semua peneroka Felda supaya jangan sesekali percaya apa yang keluar daripada mulut makhluk perosak ini. Kami juga minta peneroka dan anak peneroka jangan sertai mereka dan jadi makhluk perosak Felda.
"Kita bercakap berkenaan perniagaan menguntungkan peneroka sendiri. Makhluk perosak ini bercakap soal politik sahaja tanpa memikirkan apa terjadi kepada Felda akibat perbuatan mereka," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau menyampaikan sijil 'International English for Speakers of Other Languages' kepada 480 pelajar yang menamatkan program itu dengan jayanya di Balai Felda di sini hari ini.
Mohd Isa bagaimanapun berkata sehingga kini perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu tidak mendatangkan kesan yang besar kepada kepercayaan peneroka terhadap Felda sendiri.
"Ini kerana segala isu yang dilemparkan kita jawab dengan fakta yang tepat, seperti dakwaan kata Felda bankrap kita jawab dan sekarang dah senyap isu itu.
"Makhluk perosak ini cakap tak berdasarkan fakta, mereka hanya melempar sesuatu isu kepada peneroka tanpa mengira sama ada ia benar atau tidak. Kita lakukan perkara yang betul, dan sudah tentu peneroka tak percaya dengan isu-isu yang dilemparkan itu," katanya. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment