Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isu Kedah Corp: Pemuda Gerakan Kedah buat laporan SPRM

October 30, 2012
 
PUTRAJAYA, 30 Okt — Pemuda Gerakan Kedah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang dijalankan anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Kedah Corporation Berhad (Kedah Corp).

Laporan oleh Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang di ibu pejabat SPRM di sini hari ini mendesak SPRM menjalankan siasatan terhadap anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu yang kerugian RM13.49 juta dalam projek tersebut.

“Keraguan timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan bahawa terdapat pembayaran muhibah kepada vendor bagi kerja-kerja yang dilakukan di Papua New Guinea seperti meneroka tanah, melobi menteri, tuan tanah dan sebagainya.

“Berdasarkan laporan audit, sebanyak RM1.21 juta dibayar kepada pihak ketiga untuk melobi menteri bagi mendapatkan projek tersebut,” katanya kepada pemberita.

Laporan Audit Negara 2011 menyebut Kedah Corp mengalami kerugian selepas kegagalan pelaburan dalam projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang bernilai RM31.21 juta.

Laporan itu juga menyatakan Kedah Corp membuat pinjaman luar dari sebuah bank sebanyak RM135 juta bagi membiayai projek berkenaan. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.