Pengurus artis, Along Bakar dimasukkan ke hospital
31/10/2012 2:07pm
Oleh HASNURUL MOHAMED
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pemilik produksi pengurusan artis tanah air,
Cherry Talent Management Sdn. Bhd., Ismail Bakar, 54, atau lebih
dikenali sebagai Along Bakar telah dimasukkan ke Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM) sejak lima hari lalu.
Menurut anak sulung beliau, Ezuan Ismail, 25, Along dimasukkan ke
PPUM setelah dia mengadu sakit perut pada kira-kira pukul 3 petang.
"Kesihatan ayah saya sebenarnya tidak begitu baik sejak lebih dua
minggu lalu tetapi sehari selepas Hari Raya Aidiladha, beliau
memberitahu saya, sudah tidak dapat menahan kesakitan dan minta dihantar
ke hospital," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, mereka sekeluarga masih belum dapat mengetahui
penyakit sebenar Along kerana doktor masih membuat pemeriksaan rapi ke
atas Along yang dikenali ramai dalam industri hiburan tanah air kerana
sebelum ini, pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan (PR) artis di
bawah label syarikat rakaman Rock Record.
Kata Ezuan, sepanjang berada di PPUM, beliau dan ibunya, Kamisah
Bahtiar, 50, bergilir-gilir menjaga ayahnya yang kini ditempatkan di
tingkat 2, wad perubatan 2 katil bernombor 18. - KOSMO ONLINE
0 orang berkata:
Post a Comment