Sheikh Hamad Jassem Al Thani
DOHA - Perdana Menteri Qatar mendakwa kerajaan Syria melancarkan perang penghapusan rakyat sendiri selepas gencatan senjata selama empat hari sempena Aidiladha gagal manakala lebih 400 orang terbunuh.

Dalam komennya kepada sebuah stesen televisyen, Sheikh Hamad Jassem Al Thani menuduh kuasa-kuasa asing bertanggungjawab manakala pasukan Presiden Bashar al-Assad menjalankan penyembelihan beramai-ramai.


“Apa yang berlaku di Syria merupakan perang saudara tetapi pembunuhan beramai-ramai, perang penghapusan merupakan lesen bagi membunuh kerajaan Syria dan masyarakat antarabangsa,” katanya.



Sheikh Hamad yang juga Menteri Luar Qatar berkata, beliau yakin dengan Duta Khas PBB-Liga Arab, Lakhdar Brahimi tetapi tidak mempercayai kerajaan Al-Assad.

Brahimi turut menolak kerajaan dan pemberontak menghentikan pertempuran semasa sambutan Aildiladha apabila umat Islam umula bercuti dari Jumaat hingga Isnin lalu tetapi apa yang jelas keganasan berterusan tanpa henti.


“Apabila kerajaan Syria mengumumkan mereka akan mematuhi gencatan senjata, pada masa yang sama mereka mengumumkan tentera mereka akan bertindak balas jika ada sebarang kejadian berlaku dan ini jelas satu retorik mereka tidak akan melakukan gencatan senjata.


“Semua orang tahu apa penyelesaian dan apa yang rakyat Syria mahukan. Segala yang berlaku selama ini hanya membuang masa, malah membunuh rakyat Syria dan memusnahkan infrastruktur Syria,” kata Sheikh Hamad.


Satu kumpulan yang mendokumenkan nama-nama mereka yang terbunuh dalam konflik menunjukkan mereka yang dibunuh semasa gencatan senjata mencecah lebih 400 orang.


Seramai 163 orang telah maut semalan, kebanyakannya di Damsyik dan pinggir bandar manakala di wilayah Idlib, serangan udara dilancarkan di bandar Maarat al-Numan.


Pusat Dokumentasi Keganasan (VDC) juga berkata, jumlah orang awam yang terbunuh sepanjang 20 bulan keganasan adalah seramai 32,013 orang. Selain itu, 2,900 anggota tentera juga terbunuh dalam tempoh yang sama.