Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

3 pekerja ladang warga Indonesia maut

31/10/2012 4:44pm

KUANTAN — Tiga lelaki warga Indonesia maut manakala tiga lagi parah selepas lori yang dinaiki sepuluh pekerja ladang kelapa sawit terbabas ke dalam longkang di Jalan Ladang Timur Oil Palm dekat Maran, semalam.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mansur, 31, Badrul, 39, dan Nasrudin, 39, manakala rakan mereka yang parah ialah Zanwadi, 26, Ahyar, 26, serta Rosedi Suhaidi, 28.
Beliau berkata, mangsa yang parah kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (Hoshas).
Mohamed Fauzi berkata, dalam kejadian pukul 5.40 petang itu, semua pekerja ladang berkenaan yang merupakan warga Indonesia duduk di bahagian belakang lori dan dalam perjalanan pulang ke rumah kongsi di kawasan berhampiran.
"Sampai tempat kejadian, ketika menuruni bukit, tiba-tiba brek lori yang dinaiki mereka gagal berfungsi menyebabkan pemandunya hilang kawalan,” katanya.
Beliau berkata, situasi itu menyebabkan lori yang dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan sebelum jatuh ke dalam longkang menyebabkan tiga mangsa mati di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera parah di kepala dan badan.
"Pemandu bersama tiga lagi penumpang hanya mengalami cedera ringan dan mereka dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hoshas,” katanya sambil menambah, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.