Hadi yakin cita-cita Islam dapat dilaksana tanpa gangguan
29 Oktober 2012
SHAH ALAM - Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas yakin dapat
merealisasikan cita-cita Islam yang diperjuangkannya dengan sempurna
"tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali."
Dalam pandangan terbaru dikeluarkan hari ini, Presiden Pas itu berkata, beliau ingin menegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam, sama sekali tidak untuk bukan Islam.
Sehubungan itu, katanya, Pas tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.
"Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka Pas yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali," kata beliau.
Ia dilihat sebagai pandangan secara bertulis, yang panjang lebar dikeluarkan oleh Abdul Hadi dalam bulan ini.

Kata Hadi, Pas berlainan dengan Umno dan sangat berbeza kerana pihaknya
tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam hukum
tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka
termasuk urusan politik negara.
"Sekiranya dikaji Surah Al-Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat
didalamnya undang-undang jenayah, di antaranya hudud," kata beliau.
"Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap
penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat
dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam," kata beliau lagi.
Ahli Parlimen Marang ini menambah, Pas berijtihad memilih demokrasi
bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum
hudud kerana pendekatan demokrasi secara damai bersesuaian bagi
menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan walaupun memakan masa
yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.
"Maka proses pelaksanaan undang–undang termasuk hudud dibawa ke dalam
Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat
kemenangan besar dalam pilihan raya lalu.
"Undang-undang jenayah Islam termasuk hudud dipamerkan lebih dahulu
kepada masyarakat umum berbagai agama, dibentang dan dibuka kepada
proses soal jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya,"
kata beliau lagi.
Mengulas lanjut isu itu, katanya, DAP pula bukan parti Kerajaan Pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA.
"Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas
oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan Umno yang terlalu
tinggi.
"Maka Pas lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas," katanya.
Malah menurut beliau, hubungan Pas dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat.
"Maka isu pelaksanaan Islam oleh Pas dalam negeri Pakatan Rakyat adalah
berpandukan kepada hukum tahaluf siyasi dalam feqah siyasah.
"Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong Pas dan rakyat seluruhnya," katanya lagi.
Beliau mengulangi bahawa Pas tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya.
"Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza
pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi
dengan adil," katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment