Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

22 Oktober, 2012

Patutlah Laporan Audit Di Bentang Selepas Bajet..

KUALA LUMPUR 22 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 langsung tidak menyentuh mengenai aliran wang haram berjumlah USD338 juta (RM1.03 bilion) yang keluar dari negara ini.Katanya, penyembunyian ini menunjukkan kerajaan seolah-olah cuba melindungi perompak wang negara.“Menurut Global Financial Indeks (GFI), ‘illicit financial’ (aliran wang haram keluar) berjumlah USD338 juta. Ini masalah besar. 

Belum dijawab oleh kerajaan.“(Seperti) ada muslihat untuk melindungi penjenayah yang merompak wang negara. Kita diberikan senarai oleh LKAN, hasil belanja, defisit dan akaun wang disatukan, (aliran wang keluar) tak disentuh langsung,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Parlimen Permatang Pauh itu berkata, teguran Ketua Audit Negara tidak diambil berat, meskipun terdapat jawatankuasa yang memantau prestasi ekonomi negara.“Dalam masa sama defisit membengkak. Keadaan semakin parah dari tahun ke tahun. Tapi, yang hanya disebut (Menteri Kewangan ialah serangan kepada Pakatan Rakyat),” tegasnya.

Beliau turut menyentuh kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia berjumlah RM571 juta, iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara.“Ini kadar paling tinggi sewaktu (Ahli Parlimen) Pekan (Datuk Seri Najib Razak) sebagai Menteri Kewangan. Untuk diketepikan (fakta laporan) adalah tidak munasabah. Ini ada kaitan dengan beban rakyat.

Di bawah Menteri Kewangan rujuk kepada prestasi, tetapi dalam masa sama (Najib) sebagai orang yang tak mampu urus ekonomi dengan baik,” tempelak Anwar.Bercakap dalam sidang medianya sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian ‘berbilion ringgit’ yang didakwa ‘hilang atau dipadamkan begitu sahaja’ daripada LKAN 2011.Laporan Audit berkenaan dibentangkan di Parlimen 15 Oktober lalu selepas lebih dua minggu pembentangan Bajet 2013 BN. ~kd

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.