Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
 
KUALA LUMPUR - Sambil menyifatkan isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, yang didakwa telah mengeruhkan hubungan antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebagai "masalah pentadbiran",  Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyerahkan kepada setiausaha agung untuk menguruskannya.

Menurutnya, PKR tidak mempunyai sebarang keputusan atau usul pada masa sekarang, dan diserahkan kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk mengkaji perkara tersebut.

Katanya, "tak ada isu, tak ada usul, belum ada keputusan, semua itu saya serahkan kepada parti."

"Disebabkan itu masalah pentadbiran, biarlah parti dan saya serahkan kepada setiausaha (agung) parti untuk melihat padangan-pandangan yang diberikan oleh aggota parti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, di sini.

PKR lazimnya akan mengadakan mesyuarat biro politik setiap Rabu. Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah dan beberapa pemimpin parti itu mendesak supaya Faekah meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengeruhkan keadaan dalam PR.

Katanya, beliau juga berharap Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengambil tindakan sewajarnya keatas setiausaha politiknya yang menimbulkan salah faham apabila mengulas mengenai kenyataan Azmin berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Pas menyerahkan isu tersebut kepada PKR untuk menyelesaikannya.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua turut menyatakan isu tersebut tidak menjadi masalah kepada PKR di peringkat pusat.