Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isu air: NGO Solidariti Hijau Sokong Kerajaan Selangor


S
hah Alam - Di sebalik pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran Negeri Selangor terutama pertikaian isu air, semalam 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Solidariti Hijau tampil menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang membantu rakyat dalam isu air.

Pengerusi Solidariti Hijau, Zulkifli Omar berkata, beliau mahu Kerajaan Persekutuan membantu dalam pembangunan air di negeri itu dalam pemberian infrastruktur yang lengkap.

"Saya harap isu air tidak dipolitikkan kerana ia adalah hak asasi manusia dan dalam usaha mencapai taraf negara maju, isu air harus diselesaikan terlebih dahulu," katanya.

Beliau dalam pada itu turut memuji inisiatif Kerajaan Selangor yang menawarkan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat di negeri itu dalam usaha meringankan beban rakyat.

“Usaha ini wajar dipuji dan dicontohi Kerajaan Negeri lain dalam memberi kemudahan air kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluahkan rasa terharu dan berbesar hati terhadap sokongan yang diberikan Solidariti Hijau ini.

“Sokongan ini bagaikan suntikan motivasi kepada Kerajaan Negeri agar terus berusaha merakyatkan ekonomi dan jika kita diberi peluang dalam pilihan raya akan datang kita akan merakyatkan ekonomi negara,” katanya ketika sidang media, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Negeri komited mendahulukan kepentingan rakyat dan terus memberi sumbangan kepada rakyat.

“Jika kita berjaya membolosi rintangan ini, tidak mustahil kita dapat pecahkan banyak lagi tembok lain,” katanya.

Dalam majlis sama, satu deklarasi air juga disampaikan kepada Menteri Besar sebagai tanda sokongan padu Solidariti Hijau terhadap usaha murni Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan air percuma. -SH

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.