Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pakatan Rakyat akan runtuh sebelum Anwar angkat sumpah sebagai PM



×

Sepatutnya ini jadi artikel pertama aku selepas balik dari Kota Kinabalu. Tapi nak buat macam mane? aku nie jenih yang utamakan ‘Humanity’ berbanding perkara-perkara lain di dunia ini. Sebab artikel ‘humanity‘ jadi posting pertama dan artikel politik nie jadi artikel kedua.

Ramai  yang ingat Si Jebat Media Perak nie nak sangat tengok Pakatan Rakyat runtuh. Hangpa jangan silap. Bukan itu doa aku. Hangpa kena ingat, kalu teguran dari Media Perak tak dipedulikan, maka ikutlah suka hati hangpa sampai PR nie mampoi! Selepas PRU-12, MSK kata Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tak lama. Betui dak ape yang dia kata?

Pak Karamu:  Pandangan media Perak ni mungkin sebab akan ada nanti yang akan jadi katak, sebab ? Mungkin fulus punya hal ? Jika kita tengok pada tajuk atas maka BN akan kalah tapi mungkin majoriti tidal selesa, masa tu ada yang akan jadi katak dan katak-katak ini la yang menyebabkan BN akan berkuasa kembali

Aku rasa apa yang hangpa baca sebagi tajuk tu memang betui. Kalau hangpa tau dan kaji fenomena dalaman dalam Pakatan Rakyat nie, hangpa setuju 101% dengan apa yang kata. Nak penjelasan tak? teruskan baca.

Pak Karamu: Nanti saya fikiaq tengok

Nie satu lagi ilham yang aku dapat hasil daripada sembang dengan MSK. Terus terang aku cakap, aku risau sungguh dengan Dewan Ulamak Pas. Pasai apa pulak aku risau dengan Pas? Aku bukan Ahli Dewan Ulamak Pas. Sebelum aku teruskan, kita imbas sekejap sejarah politik Malaysia nie.

Pak Karamu: Ok saya ikuti dulu apa hujah hang !

Pada tahun 1968, kalau hangpa orang Pas, tak kiralah jenih yang pakai lebai ker, jenih yang panjat pokok ker, cuba hangpa kata “Pas mungkin akan bergabung dengan umNO”, aku ingat belum sempat hangpa tutup mulut penumnbok dah sampai dah. Sebab masa tu, Pas dengan umNO nie macam minyak dengan air. Sama-sama Melayu. Tapi, ideologi dan budaya langsung tak kena.

Pak Karamu: Ok tu sebelum May 13, ok saya teruskan

Pada tahun 1970, lain pulak  jadinye. Pas pi bergabung dengan umNO (Sebab tu bila beberapa bangang dalam Pas kata PKR khianat Perjuangan Rakyat, aku gelak sindir). Seperti jangkaan beberapa tokoh politik, umNO sepak Pas keluar dari kabinet, selepas tawan balik Kelantan pada tahun 1977.

Pak Karamu: Ok tu pada tahun 70 an masa tu PKR tak ujud dan Anuar masih dalam UMNO, saya rasa tak bijak perbandingkan antara PAS tahun 70 an denga kenyataan beberapa orang PAS yang kata PKR khianati perjuangan rakyat sebab suasana PAS dulu dan sekarang jauh berbeza, ok saya teruskan

Aku nampak peristiwa itu seakan-akan berulang, lebih tepat lagi UG hampir dibentuk selepas DAP-PKR-PAS menang kerusi lebih daripada umNO pada PRU-12. Aku nak bagi kredit kepada Ustaz Ahmad Awang (PJ Pas Perak masa itu), Hj.Ismail Yusop (Pengerusi PKR Perak masa itu) dan Ngeh Khoo Ham (Pengerusi DAP Perak dulu dan kini) sebab usaha depa 3 inilah gabungan PAS-PKR-DAP dibentuk. Senang nak kata, Pakatan Rakyat lahir di Negeri Perak. Kalu bukan kerana Ust.Ahmad Awang, UG akan lahir di Perak. Ini kisah 2008.

Pak Karamu: Ok, masa tu Harussani memainkan peranan penyatuan PAS/UMNO, namun pokok penyatuan secara total berada ditangan Tuan guru Nik Aziz, maka gagallah penyatuan tersebut, sebab Nik Aziz menjadikan sakit kena terajang UMNO sebagai pusaka abadi, dalam masa yang sama Ahmad Awang adalah kepercayaan Nik Aziz maka gagallah UG , ok saya teruskan

Mai pulak tahun 2011 isu UG semakin panas. Pemilihan Pas 2011 jadi menjadi medan UG VS Erdogan. Walaupun beberapa pemimpin PAS nafi kewujudan UG dan Erdogan, tapi kebenaran kewujudan mereka ialah rahsia umum. Disebabkan aku tak nak Pas bergabung dengan umNO, aku terpaksa masuk kempen secara ‘underground’ untuk team Erdogan. Lega aku bila dengor Mat Sabu menang sebagai Timbalan Presiden dengan mengalahkan Ust.Nasharuddin (Otak UG) dan Tuan Ibrahim.

Pak Karamu: UG vs Erdogan ada kebenarannya, tak payah nak selindung, Mat Sabu menang dengan Nasa say bersyukur, ok saya teruskan ...

Lepas itu, aku bertambah lega bila Nasha hentam Pas secara terbuka. Aku yakin sangat Pas akan pecat Ust.Nasha seperti kes Hassan Ali. Tapi, keputusan Dewan Ulamak Pas macam hampehh. Ust,Nasha kekal di Dewan Ulamak. Kali nie aku betui-betui hilang lena. Orang macam Ust.Nasha hangpa boleh kekal lagi? Aku tau dalam Dewan Ulamak Pas, Tok Guru Nik Aziz menjadi ‘keseorangan’ apabila dalam Dewan Ulamak Pas kebanyakkanya Pro-UG termasuk Ust.Harun Din.

Pak Karamu: Tu dalam simpanan lembaga akal Pak Karamu, terbukti segala kenyataan oleh orang yang diragui apabila membuat kenyataan seolah-olah mereka mempertahankan Nasa, namun Pak Karamu fikir disana ada muslihat tu pasal Pak Karamu harap Nasa biar kurus kering didalam PAS, jangan pecat akan tetapi Nasa seharusnya dipecat dari majlis syura, atau ada muslihat lain mengapa Nasa tidak dipecat dari majlis syura kita tunggu, beritanya mungkin berguna dirahsiakan dulu, ok saya teruskan ...

Kalau nak pecat Ust.Nasha pun tak boleh, bayangkan macam mana Pas menang PRU-13 dan PR menang hanya berbanding 5-10 kerusi (tiada majoriti)? Aku pasti 200%, umNO akan gunakan Ust.Nasha sebagai orang tengah untuk ‘ber-deal’ dengan Pas. Dewan Ulamak SAH sokong Ust.Nasaha. Timbalan Presiden dan AJK Pas Pusat boleh lawan Dewan Ulamak?
Lu Pikrlah Sendiri……

Pak Karamu: Kah, kah, kah dah Pak Karamu jangkakan, ok, jangan risaulah ! meh kita buat under ground movement, hal sekor tu jangan risaulah ! Sekalipun memang ramai yang nampak Nasa akan mempengaruhi pucuk pimpinan tapi sudah ada yang ekornya siang dan malam, sebenarnya Nasa sentiasa berdeal ngan Hassang siang dan malam

Tapi, aku masih berharap pada Hj.Mohamad Sabu, Khalid Samad, Ir.Hj.Nizar, Mahfuz Omar, Dr.Mujahid Yusof Rawa dan seangkatan.

Pak Karamu: Gue salute sama lu !

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.