Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Peragut Rentap Beg Tangan Pelajar Diberkas


K
uala Lumpur : Perbuatan dua peragut melarikan beg tangan milik seorang pelajar kolej wanita memakan diri apabila salah seorang daripada mereka ditahan selepas motosikal ditunggangi suspek terbabas ke dalam longkang berhampiran Kampung Wira, Taman Melati Wangsa Maju di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 8 malam itu berlaku selepas dua peragut yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC merentap beg tangan mangsa yang berusia 23 tahun dari arah belakang.

Mangsa yang terkejut cuba mempertahankan beg tangannya namun beg tersebut kemudian direntap dengan lebih kuat menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera di lutut sebelah kiri.

Beg tangan yang berada di bahu kanan mangsa berjaya dilarikan.

Bagaimanapun, sumber berkata, perbuatan suspek telah dilihat oleh dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda yang kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut – Kosmo.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.