Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

S.H.Al Attas,Pyanhabib & Orang Dari Istana (3)

0
0
  
Print Friendly


×

Sapa biasa keluar masuk istana? Aku? Memang belum pernah laa..Sapa tau lepas-lepas ni MP dapat undangan dari Bukit Chandan pulak!

Tak perlu melepasi sebarang ptokol. Tak ada body guard hulubalang segala. Tak payah la nak berbahasa istana.  Depan aku tercokoh dua orang yang sedang hangat  diperkatakan dalam MP. Artikel mengenai mereka sentiasa dinanti.  Antara cerita “panas” dalam website kami. Hingga ada suara-suara yang meminta supaya cerita dalam istana Perak itu ditamatkan saja. Walau pun PRU 13 tak nampak lagi petandanya bila , isu dalam istana biasanya memang jadi isu yang sangat digemari ramai,dan jugak sangat sensitif!

Apa endingnya ya? Happy ending ke? Sad ending ke? Atau ia akan jadi  never ending story?  Inilah namanya kehidupan..dan setiap kita adalah pelakon-pelakon di bawah arahan Sang Maha Pengarah. ”

Raja yang adil,raja disembah. Raja zalim,raja disanggah.” Secara peribadi,hingga setakat ini aku salute pada Sultan Kelantan yang ada sekarang. Walau pun aku rakyat Perak, aku bangga ada jugak sorang Sultan yang amat merendah diri. Laungan Daulat Tuanku digantinya dengan seruan “Allahu Akbar!!”  Benar kata bidalan,”Tak hilang bisa ular menyusur akar.”

Aku lebih suka memerhatikan dua orang “kenamaan” dari istana Perak ini dari jauh.Meski pun ada peluang  untuk rapat dengan mereka dan bertanya soalan persis sorang wartawan,itu bukan aku dan memang bukan kerja aku.  Lagi pun dah ada yang menulis artikel berkaitan isu ini dalam MP.  Kalau ada sapa-sapa yang ketinggalan sila klik kat tajuk berkenaan.

Pak Habib mempersilakan mereka duduk depan kami. Tengku Amran @ Ku An yang tak berapa sihat nampaknya atau memang dah uzur lantaran dimamah usia,ke mana-mana bertongkat.Dia langsung tak bercakap apa-apa. Umurnya? 70? 80? Ntah la…betul,aku tak tau. Itu andaian zahir aku je. Raja  Shahruzzaman @ Ku Syah? Mungkin lewat 50an atau 60an?  Bertopi “sudu” dan sudunya dipusing ke belakang,aku kira itu trademark dia! Dan berkaca mata besar berwarna tak berapa gelap, kita boleh nampak matanya…


×


Tak banyak yang dia @ Ku Shah  tuturkan. Selain dari mengatakan yang mereka adalah waris sah kesultanan Perak.  Jangan tanya aku apa-apa, “Patik hanyalah pacal yang hina. Patik menyembah Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa.” Noktah.

Sebelum tu,masa makan tengahari ramai yang menghampiri mereka berdua. Mesti nak tau cerita dan mendengar sendiri dari mulut mereka tapi aku pulak asyik dengan alam! Marila datang sini, lihat sendiri keindahan alam ciptaan Tuhan! Ni belum kat syurga lagi,getus hati kecik aku..Sama-samala kita pelihara alam. Kalau kita tak peduli generasi akan datang kempunan nak melihat semua ni..Dulu,dengar cerita orang Janda Baik cantik. Ya! Memang cantik!


×

Tiba-tiba aku melihat kelibat Pyanhabib!


×

Sah! Itu memang dia. Dia datang bersama isterinya yang dia selalu dia perkenalkan sebagai ” Girl friend saya.” Mula-mula dia duduk di belakang kami. Kemudian dia dijemput ke depan. Sepertinya S.H.Alattas, aku dah lama kenal dia . Tambah pulak kami bersahabat dalam muka buku! Ini pun anak angkat Pak Habib,mesti punya!

Masa aku kerja dengan boss bangsa Jepun dulu , aku ada sorang sahabat baik. Sahabat kamcing kata budak sekarang,kalau kamcing lagi macamana?  ” Kawan ketat-ketat” kata anak dara aku. Habis punah bahasa Melayu dibuat dek anak alaf cyber ni. Sehingga ada masanya aku terpaksa baca dua tiga kali apa yang anak aku  taip,terutama sms! Bajet giler dowh… Ingat kan Najib je guna perkataan bajet ni dalam belanjawan! “Sib bek aq celik IT”

Dapat  gaji, aku dan dia mesti turun KL punya.  Itulah kegilaan kami masa tu. Facebook takde,Twitter takde,My space takde. Apa lah pilihan yang kami ada? Jadi,  antara tempat febret kami ialah Benteng, Ampang Park, Pertama Complex, Globe Silk Store, panggung wayang Colesium, Padan Kelab Selangor,Lake Garden,Bukit Bintang dan Petaling Street!

Lepas tengok wayang,shopping. Lepas shopping,makan! Tapi yang buat aku kamcing dengan kawan aku ni sebab minat kitaorang sama. Kami suka Pyanhabib! Suka sastera. Suka jiwang-jiwang.

Kami selalu tengok dia baca sajak dengan grup dia. Masa tu ada satu bangunan kat tepi Sungai Kelang yang berhampiran dengan Bus Stand Klang di Kuala Lumpur. Bangunan tu dah takde dah sekarang. Di situlah aku biasa melihat dia mendeklamasikan sajak-sajaknya.  Hingga pernah gambar aku ( dari sisi belakang ) masuk dalam majalah sastera! Itu pun aku tak perasan hinggalah ada sorang adik junior  kat tempat kerja yang bagitau,” Wahhh…akak masuk dalam majalah laaa…”

Pyanhabib? Pada aku dia best. Aku suka sajak-sajak dia. Dia pernah  berlakon dengan M.Nasir dalam filem Seniman Jalanan. Bila dia bercakap kita mesti benar-benar fokus! Sebab dia insan “istimewa” yang dianugerahkan dengan bakat yang istimewa.Orang normal pun bukan senang nak dapat apa yang dia dapat.

” Bila orang bukak blog, saya pun teringin. Saya buat blog. Lepas tu saya tinggal..Lama..Berbulan-bulan..Kemaren saya ingat nak tutup blog, tapi hari ini ,datang sini, jumpa blogger-blogger,

Kami ketawa. Dia sambung lagi.
“Lepas tu tengok Facebook.  Macam best aje.  Saya pun bukak Facebook. Saya tulis status..Lepas tu tinggal,tak tengok-tengok..Bila saya on balik, tengok ramai orang komen! Kadang-kadang saya cuma taip titik-titik  atau tanda soal aje…wahhhh? Orang komen sampai beratus-ratus…”


Ha ha ha ha ha..Lagi sekali aku dan yang lain tersengeh-sengeh malah ada yang ketawa. Bila dia ternampak Uncle Seekers  terus dia kata,

“Itu..budak tu..masa kecik,aku gendong dia..dukung dia..sudah besar jadi banduan!”
Pecah perut kami ketawa. Uncle Seekers pun dah tak tau nak cakap apa beb…

Pyan banyak bercerita zaman dia susah. Berkisah macamana dia boleh kenal dengan Pak Habib. Pak Habiblah antara orang yang banyak membantu dia. Korang tau? Di Wadi Hussien, ada 10 batang pokok durian yang Pyan tanam!

” Ada kat atas tu (sambil menunjuk lereng bukit ) tapi aku pun tak ingat yang mana …”  Bila aku perhatikan, di situlah letaknya rumah tempat kami akan bermalam nanti.


×


Pyanhabib pun anak kelahiran Perak. Tak lama dia dapat bersama kami. Tapi sempatla kami berposing  buat kenangan. Masa kami dalam balai, terdengar suara anak-anak kecik riuh -rendah mandi di  sungai bersebelahan.Orang pun asyik keluar masuk ke Wadi Hussien. “Macam ni la tiap ujung minggu,” kata Pak Habib. Geramnya. Bukan apa. Hati teringin jugak nak mandi-manda di sana. Tapi teringat  kata Pak Habib, “Hati kita cuma satu..” Fokus weh…
Bila Pyan mengundur diri, Pak habib bagi ruang pada kami. Agaknya nak perli kut pada suara-suara yang buat bising masa Pak Habib bercakap kat depan! Nah! Tu dia…wakil blogger dari Tanah Rendah Sekebun Bunga tampil. Jemming! Wah? Budak ni speaking Kelate je..sampai ada yang mencelah suruh cakap molek-molek la..”Kita orang tak paham.”

Aku tak kisah. Kelantan macam kampung no 2 aku. Dua orang adik ipar aku sorang dari Melor,sorang dari Kota Bharu. Beghehhhh bohhhh!

Tahniah pada  Jemming dan kawan-kawannya kerana berusaha untuk mendapatkan semula royalti minyak kerajaan Kelantan melalui tulisan-tulisan mereka dalam blog.

Lepas Jemming beraksi dengan gaya bersahajanya depan kami,sekejap cakap Kelantan,sekejap cakap “baku”, kami dismiss untuk minum petang! Sapa saja yang datang ke situ,pasti takkan melepaskan peluang untuk mengambil sebanyak-banyak gambar termasuk aku.
Untung la korang. Dapat mandi dengan bebas kat sungai tu. Kami pulak tak bawak baju spare, hmmm…pandang aje la air sungai yang semakin sejuk bila menjelang petang. Last-last aku dan dua orang lagi geng MP memancing!
Berjorankan buluh,berumpankan roti Gardenia kami duduk di atas batu menanti ikan tengas! (Mekasih pada Puan Fairuz yang menyediakan joran-joran siap dengan umpannya sekali.)

×

 Betul ke ikan tengas ni sedap sangat? Ada sorang hamba Allah  yang masa tu dia sedang lepak-lepak bersembang dengan Uncle Seekers dan ramai lagi,  katanya tengas memang sedap. Sedap giler! Dia sambung lagi,  ”Orang laki-laki, kalau letak pompuan dan ikan ini depan kami, kami pilih ikan!” Ish…giler dowh…hi hi hi!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.