Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 27 Oktober 2012

TERUS KAN PENCERAHAN AGAR BAYI TIDAK DIBUANG



berita dari arkib mStar kelmarin 26/10/12

Purata Golongan Muda Malaysia Adakan Seks Pertama Pada Umur 23 Tahun
KUALA LUMPUR: Belia Malaysia yang masih belajar atau kekal berada dalam persekitaran akademik adalah lebih cenderung untuk menangguhkan pengalaman seksual pertama mereka, menurut satu kajian.
Kajian “Face of Global Sex Report 2012” oleh Durex berkata, golongan muda di Malaysia secara purata akan menghadapi pengalaman seksual pertama mereka pada usia 23 tahun dan menerima pendidikan seks dari umur 15 tahun, berbanding purata 12 tahun di negara-negara seperti Austria, Jerman dan Mexico.
Kajian itu turut menunjukkan bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang mengamalkan seks yang selamat, berada pada kedudukan ke-13 di kalangan 37 negara yang terlibat dalam kajian secara global.
Selain itu, kira-kira 54 peratus daripada responden di Malaysia berkata, mereka lebih cenderung untuk menggunakan kondom ketika pertama kali melakukan hubungan seks berbanding rakyat Singapura dan Indonesia.
Ia turut mendapati hampir 67 peratus responden rakyat Malaysia berkata, mereka tidka pernah mengalami kehamilan yang tidak dirancang, meletakkan negara ini pada kedua terakhir dalam rantau Asia Tenggara.
Ini adalah kajian yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menerima pendidikan seks pada usia agak lewat iaitu 15 tahun, tertua kedua selepas India.
“Ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara amnya bertanggungjawab apabila melakukan seks. Ini akan mengurangkan kemungkinan jangkitan kelamin dan kehamilan yang tidak dirancang, yang mengakibatkan kesan kesihatan seksual yang lebih positif dalam kehidupan,” kata Nikhilesh Kalra, Pengarah Komersial Strategik Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura.
Reckitt Benckiser merupakan syarikat yang mengeluarkan kondom jenama Durex.
Brazil, Greece dan Korea Selatan merupakan tiga negara dengan kadar tertinggi bagi pengguna kondom manakala mereka yang berada di bawah adalah Indonesia, Republik Czech dan New Zealand.


KOMENTAR TUKAR TIUB
perbincangan dan pencerahan diteruskan
tentang pengunaan kondom
untuk mengelakan bayi dibuang

pelbagai cadangan diterima


SOALAN:
bolehkan zakar yang keras
ditundukkan oleh zikir ?


JANNGAN BUANG BAYI – PAKAI KONDOM
Syabas kepada Tukar Tiub! Saya menghormati Isham sebagai seorang aktivis yang memperjuangkan nasib bayi malang yang dibuang. Gejala buang bayi sering berlaku dikalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam kerana umat Islam terlalu pentingkan "maruah" mereka sebagai seorang Muslim daripada nyawa anak sendiri.

 
 Mereka takut dipandang hina oleh masyarakat Muslim lain yang susah tentu akan mengumpat, mencela, menghina gadis dan ibu-bapa gadis yang mengandung dan melahirkan anak luar nikah itu.

 Sebab itu gadis-gadis yang mengandung diluar nikah ini lebih rela membunuh anak kandungan sendiri daripada dihina oleh masyarakat yang terlalu pentingkan agama (seolah-olah mereka tidak pernah melakukan sebarang kesalahan) daripada nyawa seorang bayi yang tidak berdosa.

 Kes buang bayi jarang berlaku dikalangan orang kafir di Malaysia kerana ibu bapa mereka hanya marah bila mengetahui anak gadis mereka mengandung dengan teman lelaki. Ibubapa kafir akan menyuruh anak mereka berkahwin. Jadi gadis on PENCERAHAN DARI PEMBACA


NASEHAT TENTANG HUBUNGAN SEX
Anak muda pun kena diajar bahawa nikmat seks itu sebenarnya bagaikan bunga api, menyala indah tapi sejenak saja. Tak tahu kenapa naluri atau ghairah seks pada lelaki itu mula gebu-gebu mulai saat lepas baligh atau dapat mimpi ejakulasi pertama. Naluri atau pacuan ghairah seks itu bersifat gebu-bebu pada muda saja tapi akan kendur selepas stres hidup mula himpit mereka

 Anak muda mesti tahu bahawa untuk enjoy seks kedua pasangan mesti sama-sama sinkronise jika tidak pihak lelaki saja yang enjoy tapi rasa tidak memuaskan. Apabila isteri dah lahirkan dua cahaya mata maka nikmat seks akan berkurangan kerana tiub vagina dan longgar dan si wanita pun dah kureng nafsu seksnya, tapi si lelalki tetap ada ghairah seks yang kuat walaupun tiba masa mati pucuk.

 Jadi anak muda kena faham ghairah seks akan menggila semasa muda dan ia boleh dikawal. selepas ejakulasi minat seks menyurut tapi tak kala habis waktu rihat ghairah seks muncul semula pada pihak lelaki. Pihak wanita terpaksa berpura-pura on LAGI SURAT DARI PEMBACA TENTANG KONDOM
Anonymous
on 10/26/12

LAGI NASEHAT  UNTUK PEMBACA
Aden kira semua anak muda/mudi mulai dari sekolah menengah satu mesti diajar dengan pendidikan seks yang termasuk akan maklumat bahawa naluri berahi seks lebih-lebih lagi di pihak lelaki harus dikawal kerana tuntutan biologikal alami. naluri seks ini akan menggila dan ia juga boleh dikawal jika disedarkan bahawa mempunyai anak tanpa ada tanggungjawab kewangan akan memudaratkan pasangan belum matang itu. Ibu bapa boleh membantu tapi jangan pakai kaedah agama kerana kaedah agama tiada fahaman saintifik mengenai psikologi/biologi.

Agama akan mainkan akidah/keimanan/iblis/syaitan/ ayat Quran/hadis/ayat-ayat karut lain yang tiada kena-menggena dengan anak bayi anak bayi dibuang tanpa digniti. TT sungguh risau yang ramai tak faham hakikat yang air mani bertemu telur di rahim wanita boleh menghasilkan bayi atau nyawa.

TT nasihat pakai kondom tapi pasangan tak terlintas yang mereka akan bersetubuh akhirnya jika mereka hilang kawalan berahi gila yang mengamuk lalu tak terfikir nak pasang on PENCERAHAN DARI PEMBACA
Anonymous
on 10/26/12

KAHWIN SEDAP
Kebanyakan budak2 ni bukan nak nikah sangat pun, cuma nak kahwin (sedap) yang sekejap tu je. Macam kes budak2 nak ambik SPM ni, cuba tanya nak ke dinikahkan? Kalau betul dia nak cara halal tapi tak dapat, dia takkan buang/bunuh anak tu. on PENCERAHAN DARI PEMBACA
Anonymous
on 10/26/12

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.