Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Sedap!! Klik gambar di atas!

Kalau nak dengar kutuk yang lazat-lazat terhadap pemerintahan Ayatullah

Untuk mendakwa pemerintah Ayatullah di Iran adalah sempurna, tentulah sangat melampau. Mana ada manusia yang sempurna kecuali mereka yang ma'sum.

Tanpa nak bajet-bajet macam tak ada apa berlaku, memang berlaku tangkapan ke atas penentang-penentang pemerintah Iran. Ramai yang dtangkap. Antaranya penggerak-penggerak utama Green Movement seperti bekas Perdana Menteri negara itu, Mir-Hossein Mousavi dan Ayatullah Mehdi Karroubi. Kedua-dua mereka ditahan dalam rumah masing-masing (house arrest).

Ramai yang dipenjarakan kerana terlibat dengan Green Movement itu. Antaranya Faezeh Hashemi, anak kepada bekas Presiden Iran, Ayatullah Hashemi Rafsanjani. Seorang lagi anak Rafsanjani, Mehdi Hashemi, juga ditangkap.

Tetapi ada juga tokoh Green Movement yang tidak ditangkap. Antaranya Ayatullah Sayyid Ali Mohammad Dastgheib Shirazi. saya search sungguh-sungguh nak cari berita kalau-kalau dia ditangkap. Tak jumpa. Kalau siapa-siapa jumpa, tolong maklumkan di ruang komen di bawah.

Ada juga pelajar yang berani mengkritik Ayatullah Sayyid Ali Khamenei secara berhadapan. Namanya Mahmoud Vahidnia. Sila baca The Guardian 6/11/2009 "Iranian student dares to criticise Ayatollah Ali Khamenei to his face".

Memang dilaporkan "Vahidnia was confronted by intelligence agents after the ceremony". Sama juga, saya search sungguh-sungguh nak cari berita kalau-kalau dia ditangkap. Tak jumpa. Kalau siapa-siapa jumpa, tolong maklumkan di ruang komen di bawah.

Berikut antara yang diceritakan dalam peristiwa Vahidnia mengkritik Ayatullah Khamenei secara berhadapan itu:

But the eyewitness who was invited to the event said that the Sharif University student had been heckled by a few Basijis throughout his comments and that someone finally handed a piece of paper to Vahidnia. After reading the note, the young man turned to Khamenei and said that he had been told his time had run out and he asked to continue. The Basijis called out a prayer and told the student to 'finish it up.'

Khamenei responded however, 'I would like you to continue. Time had already run out earlier, but you go ahead.'

Memang diakui, kes Vahidnia di atas boleh saja dianggap kes terpencil (isolated). Kalau anda ingin mengetahui perkara buruk pemerintahan Iran, anda senang-senang saja boleh bertanya dengan warga Iran di negara ini yang menentang pemerintah negara itu kini. Antaranya membuka restoran-restoran makanan Iran dan sebagainya. Sambil makan, boleh dengar cerita mereka. Saya tak nak sebutlah yang hidup super mewah. Nak kata depa berniaga dadah pun, terlalu ramai lagi yang mewah itu belum ditangkap lagi oleh pihak berkuasa Malaysia.

Mungkin hampir puluhan ribu warga Iran kini tinggal di negara ini. Dikhabarkan bahawa, selain Amerika Syarikat, Malaysia adalah antara markas utama golongan yang menentang pemerintahan Iran kini. Golongan penentang itu tentu mempunyai banyak cerita yang anda nak dengar tentang pemerintahan Ayatullah yang Ketua Dewan Ulama PAS geli sangat tu.

Berkaitan:

Iran has another hero, this one still living, in Mahmoud Vahidnia (ajc 2/11/2009)
Student criticizes Khamenei at official gathering (homylafayette Iran News in English 30/10/2009)
Khamenei challenged by senior cleric (Asia Times 2/11/2010)

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.