Thursday, October 25, 2012
Wanita KENCING Dalam LIF Jadi PERBUALAN Di Pulau Pinang
GEORGE TOWN - Seorang wanita muda menjadi perbualan dikalangan penduduk bandar ini selepas gambarnya sedang kencing di dalam lif dirakam oleh CCTV.
Rakaman menunjukkan wanita yang dipercayai dalam lingkungan usia 20-an sedang kencing di dalam lif pada jam 6:07 pagi 10 Oktober lalu.
Setiausaha pengurusan flat Sri Saujana, Yeoh Kean Huat berkata wanita itu yang dipercayai warganegara China tidak pernah dilihat sejak kejadian itu.
Rakaman selama 16 saat itu menunjukkan wanita itu melihat ke arah kamera sebelum menanggalkan seluar pendeknya untuk membuang air kecil.
Dia kemudian menekan beberapa butang di dalam lif.
Yeoh percaya wanita itu tinggal di tingkat 13.
Berikutan peristiwa itu, satu mesyuarat telah diadakan dan Yeoh berkata mereka memutuskan untuk meletakkan cetakan rakaman CCTV dengan bahagian mata wanita itu dihitamkan, dan ditampal di papan notis sebagai tanda amaran kepada orang lain.
16 keping gambar daripada rakaman CCTV ditampal sebagai amaran kepada penduduk lain.
"Kami memutuskan untuk tidak membuat laporan polis kerana ini adalah kes pertama yang ditangkap di dalam CCTV sejak dipasang dua tahun lalu," katanya di flat di Jalan Maccallum semalam.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Vicky berkata penduduk tempatan tidak akan melakukan perkara seperti ini.
"Saya fikir wanitya ini semestinya mabuk ketika kencing di dalam lif. Beliau mungkin seorang 'anak ikan China' yang menyewa bilik di sini.
"Mereka bekerja pada waktu malam dan pulang pada waktu pagi. Itulah sebabnya saya tidak pernah melihat mereka sebelum ini," kata Vicky yang juga tinggal di tingkat 13.
Seorang lagi penduduk, Sirajuddin Baheran, 28, percaya wanita ini tidak tinggal di sana tetapi hanya sekadar pelawat.
"Ini sangat memalukan. Dia tetap melakukannya walaupun sedar bahawa terdapat kamera di dalam lif," katanya.
Yeoh berkata terdapat kira-kira 60 kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di tiga buah blok rumah flat dan kawasan sekitarnya.
"Kami membelanjakan kira-kira RM30,000 untuk memasang dan menyelenggara CCTV ini. Sebelum kamera ini dipasang, terdapat kes-kes di mana seluar dalam ditinggalkan di dalam lif."
Kredit : The Star


0 orang berkata:
Post a Comment