Wednesday, October 3, 2012
JAWAPAN PAKATAN RAKYAT KEPADA CHUA TEE YONG
Kami merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Dato’ Chua Tee Yong yang menuduh angka-angka di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 adalah tidak tepat berdasarkan perkiraan ringkas beliau seperti berikut:
1. Bentuk
kenaikan gaji hasil dari dasar-dasar Pakatan Rakyat adalah kenaikan
gaji guru sebanyak RM2.4 bilion (hasil dari pelaksanaan Elaun Khas
Perguruan sebanyak RM500 setiap bulan bagi setiap orang guru), kenaikan
gaji kakitangan awam sebanyak RM2 bilion (hasil dari pelaksanaan gaji
minima RM1,100 di sektor awam dan pelarasan gaji kepada semua
kakitangan) dan kenaikan gaji anggota polis sebanyak RM754 juta (hasil
dari cadangan untuk membekukan pengambilan baru anggota polis sehingga
tahun 2015).
2. Mengikut perkiraan beliau, jumlah kesemua kenaikan gaji ini sebanyak RM5.1 bilion tidak selari dengan angka di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menunjukkan pertambahan gaji sebanyak hanya sebanyak RM4 bilion.
0 orang berkata:
Post a Comment