Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

20 Mac, 2013

Takut Aib Di Bongkar.. Ali Rustam Saman PJ PAS Melaka RM100Juta


KENYATAAN MEDIA ISU PENGGUNAAN WANG ZAKAT MELAKA

Pada 13 Mac 2013 saya telah mendapat sepucuk surat berdaftar daripada pihak Rosfinah & Co. yang beralamat di No.15 Jalan Cengal, Taman Merdeka, Batu Berendam Melaka. Rosfinah & Co. yang mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka telah membuat writ saman berserta tuntutan (seperti lampiran) kepada 3 penama yang berjawatan seperti berikut:

1. Hj Adly bin Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka)
2. Sdr Jauhar b Mohamad Dawi (Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil)
3. Sdr Mohd Mokhtar b Ruzaidi (Harakahdaily)

Sehubungan dengan itu maka saya mengambil ketetapan berikut :-

1. Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk saya meminta maaf atau menarik balik sebarang kenyataan.
2. Akan terus membongkar segala salahurus kerajaan yang dipimpin UMNO dan Barisan Nasional supaya ianya dapat dinilai oleh rakyat Negeri Melaka. 

3. Tidak akan membuat sebarang bayaran ke atas tuntutan RM100,000,000.00
4. Saya bersedia untuk berdepan dengan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang merupakan Ketua Menteri dan pengerusi MAIM di mahkamah.

Saya juga ingin tegaskan bahawa isu yang saya bangkitkan adalah isu berkepentingan ramai yang menyentuh tentang bagaimana Dana Awam telah disalahurus sepertimana yang dinyatakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara sendiri.

Saya percaya sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka dan sebagai anakjati Melaka, saya mempunyai tanggungjawab dari segi agama, moral, politik dan undang-undang bagi membangkitkan isu penyalahgunaan wang rakyat dan sebagai timbalbalas rakyat negeri ini juga mempunyai kepentingan untuk mengetahui dan mengambil maklum terhadap isu tersebut.

Sayugia saya sampaikan mesej khusus ini kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa beliau tersilap sekiranya merasakan bahawa saya akan takut dan gentar untuk terus membongkar salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dengan writ saman ini.

Saya cukup berkeyakinan bahawa writ saman ini dikeluarkan menjelang tibanya pilihanraya umum yang ke 13, tidak lain bagi menyekat kemaraan dan pengaruh PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat di negeri Melaka ini.

Saya ingin tegaskan bahawa saya akan terus yakin dan istiqamah untuk membongkar segala salahurus ini, sehingga cita-cita rakyat Melaka untuk mendapat kepimpinan yang adil dan amanah tercapai.

Saya juga telah mendapatkan khidmat Peguam Pas, Mohamed Hanipa Maidin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates bagi mewakili saya di mahkamah nanti.

Adly b Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka
19 Mac 2013
7 Jamadilawal 1434H

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.