'Karpal mimpi di siang hari'
1 April 2013
SHAH ALAM – Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan
kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa pembangkang akan
mampu menawan tujuh atau lapan negeri pada pilihan raya umum kali ini,
sebagai satu keyakinan yang tidak rasional.
Ahmad Maslan berkata, kenyataan tersebut menunjukkan pemimpin
pembangkang itu seolah-olah bermimpi di siang hari dan bercakap tanpa
asas yang wajar.
Menurutnya, jika pembangkang memberikan keyakinan sedemikian rupa
untuk menang dengan majoriti mudah, Barisan Nasional (BN) juga mempunyai
lebih banyak kelebihan kenapa rakyat mahu memberi mandat kepada
kerajaan sedia ada selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
“Apa yang membuatkan Karpal begitu yakin untuk tawan tujuh hingga lapan
negeri, janji kepada rakyat sebelum ini pun tidak ditunaikan masih
berani memberikan keyakinan untuk tawan lebih banyak negeri.
“Jangan terlalu menabur keyakinan jika tidak mempunyai fakta yang lengkap. Kalau setakat yakin, BN juga boleh keluarkan kenyataan dapat tawan semua negeri tetapi hanya rakyat yang boleh memberi mandat dan menilai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal pembangkang sekali lagi mengulangi keyakinannya menawan antara tujuh dan lapan negeri pada pilihan raya umum kali ini dengan menang majoriti mudah termasuk di Negeri Sembilan, Perlis dan Johor.
Ahmad Maslan berkata, kerajaan BN kini aktif membantu rakyat khususnya menerusi saluran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), pelbagai program di seluruh negara membabitkan rakyat di pelbagai peringkat dengan membabitkan peruntukkan yang besar.
“Pembangkang hanya pandai bercakap tetapi tiada benda yang diberikan kepada rakyat, sudahlah pemimpin mereka bermasalah janji juga tidak ditepati,” ujarnya.

0 orang berkata:
Post a Comment