Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UCAPAN SEMANGAT MAHADHIR YANG SUMBANG

'BN tidak sekuat diharap tapi boleh capai keputusan baik'

29 Mac 2013
Mahathir Mohamad
Dr Mahathir berucap pada program Bicara Minda di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, petang tadi. 
 
ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata,Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada 'tsunami' pilihan raya umum 2008 katanya sambil menambah, bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.

"Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam pilihan raya umum ke-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini hari ini.

Katanya PRU 13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN ... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi, hanya 'pakatan'. Mereka juga tidak mempunyai satu pun simbol atau mempunyai agenda khusus. saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik," katanya.

Terdahulu dalam ucapanya, Dr Mahathir berkata, rakyat perlu menilai kembali nikmat yang mereka kecapi ketika ini dan tidak terlalu termakan hasutan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, pada PRU13.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku rakyat mahu menukar kerajaan pada ketika mereka menerima pelbagai faedah tetapi mengungkit apa yang mereka tidak peroleh.

"Kita suka cari kesalahan di sana sini. Ada orang tak hargai segala yang diterima. Ungkit konon negara tak bebas, kerajaan zalim...tekan rakyat, tak beri
kebebasan, sedangkan kita terima macam-macam.

"Bukan ada sebab pun nak tukar kerajaan, nak tukar hanya atas sebab kebencian. Kena fikir baik-baik, utamakan orang yang berbakti, bukan kepada orang yang langsung tak boleh diterima. Kalau dia boleh jadi pemimpin buat apa tukar,"

Merujuk Kedah sekarang yang tidak mempunyai pemerintahan yang cekap, beliau berkata banyak pembangunan yang dinikmati Kedah adalah daripada kerajaan pusat dan orang yang mendapat kekayaan adalah kerana dasar kerajaan pusat.

    "Kena tentukan siapa boleh siapa tak boleh (jadi kerajaan). Nak ada kerajaan yang berwibawa. Kalau tak, kita jadi mangsa. Janganlah mengundi kerana marah," katanya.

Dr Mahathir turut ditanya mengenai hasrat kerajaan Filipina untuk kembali membuat tuntutan ke atas Sabah sebagai sebahagian wilayah mereka.

    Beliau berkata itu hak Filipina untuk berbuat demikian tetapi untuk membawanya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), memerlukan persetujuan
kedua-dua belah pihak.

"Boleh bawa ke mahkamah hanya jika kita setuju sama. Kalau dia sendiri takkan diterima. Kalau nak rayu kepada UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) mereka boleh buat tetapi sama ada UN nak sokong adalah perkara lain.

"Selain itu, sama ada kita akur kepada UN jika buat keputusan memihak kepada Filipina tiada undang-undang yang nak memaksa kita ikut UN jika rayuan dibuat satu pihak sahaja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana meluluskan peruntukan yang besar untuk usaha membangunkan

semula Pekan Rabu Alor Setar, yang merupakan satu lokasi ikonik bagi Kedah dan bandar raya ini. "Saya merupakan peniaga di Pekan Rabu sebelum ini. Saya pernah menjual pisang goreng di Pekan Rabu. Ia keputusan yang baik untuk membaik pulih Pekan Rabu. Namun, setelah anda memulihkannya, ia harus dikekalkan," katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan pusat akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan peruntukan RM55.58 juta.

Ismail berkata projek Yang diletak di bawah kementeriannya itu akan melibatkan kerja meroboh bangunan lama dan diganti dengan bangunan baru setinggi tujuh tingkat.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.