Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG KRDAH GILA KUASA ?


Jumaat, 29 Mac 2013

PRU13 : Bahaya kalau rasa selesa di Kedah

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

TUN Daim Zainudin dilihat terlalu istimewa dalam membuat ramalan politik. Hal ini berpunca daripada ramalannya dalam PRU12 lalu bahawa empat buah negeri akan dikuasai pembangkang, maksudnya pakatan parti-parti pembangkang, selain daripada mengekalkan Kelantan. Ditakdirkan Allah, ramalannya tepat maka tarafnya pun dinaikkan sebagai 'ahlulnujum politik' yang tepat ramalannya.


Ia tidak ubah seperti cerita dongeng Melayu kuno iaitu Hikayat Pak Belalang. Terlalu banyak cerita kebetulan pada awalnya hingga menyebabkan Pak Belalang dipercayai sebagai nujum sekalipun beliau tiada mempunyai apa-apa keistimewaan dalam menilik perkara tersembunyi.

Kali ini, apabila Tun Daim diminta meramalkan keputusan PRU13, beliau sudah tidak berani untuk membuat tilikan mungkin kerana sedar cakapnya akan dipercayai oleh golongan yang percaya perkara khurafat. Golongan ini lantas meyakini apa yang keluar dari mulut Tun Daim itu adalah betul.


Sebaliknya Tun Daim memilih untuk mengambil jalan selamat bahawa beliau memilih Najib Razak daripada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Anwar tidak layak dan pelbagai perkara buruk ditohmahkan terhadap Anwar. Itu bukan  ramalan. Semua orang tahu bahawa Tun Daim masih pekat fikrah Umnonya, takkan beliau nak menyokong ketua pembangkang bernama Anwar Ibrahim. Apabila beliau memilih Najib maka ia tidak membawa kejutan apa-apa.

Mengenai peluang BN mempertahankan pemerintahan, Tun Daim berkata ia boleh berlaku dengan syarat ahli-ahli Umno bersatu dan tidak melakukan sabotaj. Beliau cuma mengulangi cakap Tun Mahathir Mohamad serta kebimbangan Mahathir selama ini.

Siapa sebenarnya yang akan memenangi PRU13 nanti? Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Namun manusia atas sifatnya yang suka 'mencari jawapan' sebelum sesuatu keputusan ditakdirkan Allah berlaku akan membuat pelbagai kajian dan analisis. Sekurang-kurangnya jika hasilnya tidak menyebelahi mana-mana pihak maka mereka akan mengambil jalan mengatasinya. Ia lebih baik daripada menunggu kekalahan yang bakal menimpa.

Entah benar atau tidak ceritanya, Najib dikatakan dibentangkan dengan 30 buah kajian dan analisis oleh pelbagai pihak yang berbeza menjelang tarikh 22 Februari lalu, di mana tarikh pembubaran Parlimen dikatakan akan berlaku. Malang bagi Najib, tiada satu pun yang memihak kepada BN. Jika ada kajian yang menyebut BN akan menang pun, maka kemenangannya tipis di samping hilang beberapa buah negeri. Maka itulah punca kononnya, mengapa pada 22 Februari lalu Parlimen tidak jadi dibubarkan. Ada logiknya cerita tersebut kerana jika kajian menunjukkan BN boleh menang besar, masakan Najib sanggup menunggu masa hadapan yang belum pasti memihak kepada BN atau tidak.

Zaman di mana maklumat sangat mudah untuk diakses ini maka, kecenderungan manusia juga mudah untuk berubah. Ia dapat dilihat daripada perubahan kecenderungan rakyat berdasarkan isu yang disensasikan ketika itu. Inilah yang patut ditakuti oleh semua parti politik kerana sebarang kesilapan di saat akhir akan terkesan sehingga hari pengundian.

Secara jujur saya sempat mengikuti hasil kaji selidik yang menampakkan Pakatan menghadapi sedikit masalah di kawasan majoriti Melayu dan sebaliknya di kawasan pengundi bercampur. Jangan fikir bahawa isu BR1M, pembalakan, kalimah Allah, DAP, Kristian, kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama, Tian Chua dalam isu Lahad Datu - langsung tidak memberi bekas kepada pengundi Melayu. Ia berkesan sehingga berjaya melarikan empat peratus sokongan Melayu!

Selangor menjadi negeri Pakatan yang diserang bertalu-talu oleh media talibarut BN berbanding Kedah, namun sedikit mengejutkan kerana kedudukan Selangor menjadi jauh lebih baik daripada Kedah, malah hampir pasti akan mengekalkan penguasannya dalam PRU13. (Syaratnya tiada permainan kotor oleh pihak tertentu)

Situasi terkini menunjukkan bahawa Pakatan perlu bekerja berkali ganda di Kedah dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri. Sekali lagi, politik adalah berkaitan pembinaan persepsi di kalangan rakyat bukannya kebenaran. Persepsi pula bukan ditentukan oleh penerangan atau serangan semata-mata. Diam, batuk, berkurung, bebas atau sergah seorang pemimpin sekalipun boleh membentuk persepsi rakyat terhadap kerajaan yang sedang memerintah. Itulah bahaya atau mudaratnya gelagat pemimpin juga gelagat orang bawahan. Ada orang menganggap isu terpencil di kalangan pemimpin dan ahli PAS adalah perkara kecil, tetapi kesannya adalah besar. Semua itu perlu diperbetulkan dalam usaha membetulkan persepsi rakyat. Masih ada masa untuk melakukannya, selagi rakyat belum mengundi.

Masalah berikutnya di Kedah ialah kempen besar-besaran dipercayai dilancarkan oleh Gerakan dan MCA secara 'subversif' supaya memberi undi untuk Pakatan di Parlimen dan BN di negeri. Kedua-dua parti komponen BN itu hampir berputus asa untuk mendapat sokongan masyarakat Cina lalu mencetuskan idea tersebut, sekurang-kurangnya mereka 'menang satu' daripada kalah semuanya. Kepimpinan Pakatan di peringkat Pusat perlu tangani segera isu yang sedang berlaku di kalangan masyarakat Cina Kedah dalam usaha mengekalkan negeri ini di tangan Pakatan. Jangan  pandang remeh.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.