Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Liga Super: ATM gagal raih tiga mata, Selangor pintas
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
29 Mac 2013
Liga Super 2013
Liga Super 2013
ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) gagal mempertahankan kedudukan pendahulu Liga Super selepas tewas 2-3 kepada Kelantan dalam saingan ke-11 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam ini.

Dengan kekalahan itu, ATM turun ke tangga kedua dan mengumpulkan 18 mata setakat ini.

Selangor pula mara ke tangga teratas dengan mengumpul 19 mata setelah berkongsi satu mata dengan Felda United dalam perlawanan petang tadi.

Dalam perlawanan itu, Indra Putra Mahayuddin membuka tirai jaringan buat Kelantan pada minit ke-28 sebelum Keita Mandjou meledak gol kedua pada minit ke-33.

Selepas itu, pemain import ATM, Marlon Alex James berjaya menyamakan kedudukan apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke 53 dan 67.

Nor Farhan menjadi wira buat Kelantan apabila memastikan tiga mata penuh menjadi milik negeri itu dengan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-90.


Berikut keputusan Liga Super:

Felda United 1-1 Selangor

ATM 2-3 Kelantan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.