Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang sepatutnyanya dipanggil bila-bila
masa adalah pilihanraya terpenting yang akan menentukan arah tuju
politik, ekonomi dan sosial negara dan masyarakat Malaysia dalam tempoh
10 tahun akan datang.
Sejak tahun 2008, Pakatan Rakyat telah mengemukakan pelbagai program
reformasi dan dasar-dasar baru yang diyakini dapat mengembalikan
keupayaan Malaysia bersaing sebagai kuasa ekonomi serantau yang menjamin
keadilan untuk semua rakyatnya.
Sewajarnya, PRU13 perlu menjadi medan yang menawarkan pilihan kepada
rakyat – di antara program-program sedia ada di bawah Barisan Nasional
yang mengundang pelbagai kesan politik, ekonomi dan sosial selama ini;
dibandingkan dengan program-program yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat
sekiranya menang.
Sebab itu, semua parti-parti politik mestilah kembali kepada
persoalan dan perbincangan dasar untuk berlaku adil kepada rakyat.
Cubaan untuk membawa politik keganasan, mempolitikkan insiden di Lahad
Datu, politik fitnah/lucah dan bermacam-macam lagi helah akhirnya akan
dihukum oleh rakyat, yang menuntut supaya PRU13 ditumpukan kepada
persoalan dasar, program anti-rasuah dan kredibiliti kerajaan.
Oleh itu, KEADILAN mengambil langkah membawa perbincangan dasar terus
kepada pengundi-pengundi, melalui penghasilan 8 buah video penerangan
ringkas mengenai Manifesto Rakyat seperti berikut:
1. Turunkan Harga Kereta
2. Turunkan Harga Minyak
3. Pendidikan Percuma & Hapuskan PTPTN
4. Hapuskan Tol
5. Sasaran Pendapatan Isurumah Minima RM4,000 Sebulan
6. Caruman Wanita Malaysia
7. Skim Perantis Rakyat
8. Kos Kewangan Program Pakatan Rakyat
2. Turunkan Harga Minyak
3. Pendidikan Percuma & Hapuskan PTPTN
4. Hapuskan Tol
5. Sasaran Pendapatan Isurumah Minima RM4,000 Sebulan
6. Caruman Wanita Malaysia
7. Skim Perantis Rakyat
8. Kos Kewangan Program Pakatan Rakyat
Video-video ringkas ini menjelaskan pelaksanaan dan pembiayaan program-program ekonomi penting yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.
Setakat ini, dua video sudah dilancarkan melalui laman sosial
Facebook, Twitter dan diterbitkan secara selari di laman Youtube, iaitu
video Turunkan Harga Kereta dan Turunkan Harga Minyak.
Sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang menggunakan laman
sosial Facebook (yang menjadi tumpuan KEADILAN) adalah sangat baik,
sehinggakan video Turunkan Harga Kereta mencecah capaian (atau reach)
berjumlah 1,102,848 pengguna Facebook sehingga pagi ini (iaitu 3 hari
selepas ia mula dimuatkan). Mengikut takrifan Facebook, capaian bermakna
jumlah pengguna Facebook yang telah melihat sesuatu berita yang muncul
di laman sosialnya.
(Sila lihat petikan skrin dari laman yang disertakan bersama).
Statistik ini meyakinkan KEADILAN bahawa isu yang paling mendapat
tempat di hati rakyat adalah isu bersabit masalah ekonomi seharian
seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan kesan rasuah kepada
kehidupan rakyat. Perkara ini juga perlu dihayati oleh Umno/Barisan
Nasional bahawa mereka juga perlu berdepan dengan KEADILAN dalam isu-isu
ini kerana inilah kehendak rakyat.
KEADILAN akan menyiarkan video-video penerangan ini setiap 2-3 hari
dalam membina momentum menjelang PRU13. Ia adalah lebih baik dari helah
video lucah yang hebat dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional untuk
berdepan dengan kami.
Video-video sedia ada boleh didapati di capaian berikut:
Turunkan Harga Kereta
https://www.facebook.com/photo.php?v=554525511248627&set=vb.145165568851292&type=2&theater
atau
http://www.youtube.com/watch?v=nxjmGrkLVBM
Turunkan Harga Minyak
https://www.facebook.com/photo.php?v=555282911172887&set=vb.145165568851292&type=2&theater
atau
http://www.youtube.com/watch?v=gEIEm3t4EG0&feature=youtu.be
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Pengarah Strategi
28 MAC 2013
1 orang berkata:
salomon
nike huarache
off-white clothing
nike shoes
クロムハーツ
skechers shoes
true religion outlet
coach outlet
red bottom
off white
Post a Comment