Sunday, March 31
PANAS: Chua Jui Meng Keluar PKR...?
Pakatan Rakyat dilanda krisis kempimpinan..??
Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng mungkin keluar PKR dan
bertanding sebagai calun bebas PRU13. Mengikut laporan Chua Jui Meng
tidak hadir mesyuarat PKR peringkat negeri Johor.
Mengikut laporan Malaysiakini, pengerusi PKR Johor telah dipangku salah seorang kuat PKR Johor bagi memantapkan kembali perjalanan parti menjelang pilhanraya umum. Jika benar laporan Malaysiakini, kami anggap satu bala telah menimpa PKR dan Pakatan Rakyat seluruh negeri Johor.
Amat malang jika benar berlaku dan Chua Jui Meng merajuk dan mungkin keluar PKR adalah satu pukulan yang hebat dan dijadikan isu Barisan Nasional dan UMNO dalam kempen pilihanraya umum pada bulan April aau awal minggu pertama bulan Mei 2013.
Belum menang dan belum bertanding sudah ada ahli atau bakal calun yang merajuk. Bagaimana pula jika berlaku calun PKR yang menang PRU13 keluar PKR jadi calun bebas atau masuk UMNO?.
Inilah yang kami rasa cuak dan takut kepada YB PKR yang menang termasuk pihak PAS dan DAP . Sila cari calun yang betul dan jujur .
Apa pun isu Chua Jui Meng akan menjadi isu besar dan modal utama kempen Barisan Nasional dalam PRU13. Janganlah merajuk pemimpin PKR, DAP, PAS tmpukan kepada parti dan ketua.
Malah kami dapat maklumat juga akan ada pemimpin PKR dan bakal calun PKR akan buat pusingan "U" menjelang hari hari terakhir kempen PRU13.
Hanya tunggu dan lihat rakyat tertipu lagi dan rakyat seperti kami sedih dan muak dengan tindakan beberapa pemimpin PKR, DAP dan PAS yang merugikan semangat kesetiakawanan dalam pakatan rakyat.
Hakk pttuuuiihhh...!!!
0 orang berkata:
Post a Comment