RTM harap Pakatan kaji balik pendirian tolak tawaran siar manifesto
29 Mac 2013
KUALA LUMPUR - RTM akan meneruskan penyiaran manifesto Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) meskipun pendekatan julung kali itu ditolak oleh
Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini.
Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kementerian, Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, tawaran 10 minit itu masih terbuka untuk parti-parti pembangkang.
"Seperti dimaklumkan, RTM akan tetap meneruskan sesi penyiaran tersebut, walaupun tanpa kehadiran salah satu pihak, sama ada BN mahupun PR," katanya lagi.
"Tawaran masih terbuka untuk parti pembangkang, mana tahu pihak mereka berubah fikiran untuk menerima tawaran itu semula," kata beliau ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga wira negara - Op Daulat dan Anugerah Akademik Cemerlang Bakat Seni di Pusat Latihan Polis di sini, hari ini.
"... pihak kami masih menunggu respons mereka semula, kami akan menunggu sehingga hari penyiaran tersebut," tambah beliau.
Mengenai format, beliau berkata: "Hanya 10 minit diberikan kepada kedua-dua pihak BN dan PR, 10 minit tersebut hanya sekali tempoh penyiarannya."
"...ia tidak akan diulang siar, hanya dibuat sekali ketika tempoh tersebut sahaja," katanya.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini melahirkan rasa terkilan di atas pendekatan PR yang menolak tawaran RTM ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, SPR belum menetapkan tempoh sebenar penyiaran manifesto.
Menurutnya, SPR juga akan meneruskan rundingan bersama pemimpin parti politik untuk membincangkan lebih lanjut perkara ini.
Beliau berkata, jika pakatan pembangkang tidak mahu menggunakan usaha itu, mereka tidak boleh menyalahkan SPR yang berusaha untuk akses media buat pertama kali ini.
"Kita sudah bagi ruang, apa yang mereka minta kita sudah bagi berusaha, tapi saya kesal kerana mereka telah tolak tanpa ada rundingan seterusnya.
"Kita akan terus berunding dengan pemimpin parti, mungkin 10 minit itu untuk pembentangan sesuatu bahagian dan bahagian lain 10 minit lagi.
"Kita sudah bagi ruang tapi kalau mereka tak nak, jangan salahkan kita pula," katanya pada sidang media di Shah Alam pagi tadi.

0 orang berkata:
Post a Comment