Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 28 Mac 2013

Apps bersepadu ‘PRU13 PKR’ cecah 10,000 muat turun dalam 3 hari

APSSSKUALA LUMPUR 28 MAC: Aplikasi bersepadu ‘PRU13 PKR’ yang dilancarkan 25 Mac lalu untuk dimuat turun melalui platform Android dan Apple pada 27 Mac mencecah 10,000 muat turun sehingga ke hari ini, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Dalam masa tiga hari sejak dilancarkan, jumlah muat turun sudah cecah 10,000,” katanya kepada Keadilan Daily.

KEADILAN menjadi parti politik pertama yang membangunkan Apps bersepadu untuk menyebarkan maklumat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 melalui media sosial.

Ia ekoran ruang maklumat yang disekat akibat media perdana kawalan Umno tidak bebas.
Usaha itu dilakukan sepenuhnya menerusi gabungan telefon pintar (smartphone) dan media sosial seperti facebook dan twitter.

“Sambutan amat menggalakkan dan sasaran kita ialah untuk mencapai 50,000 muat turun,” kata Rafizi.

Di samping itu, KEADILAN turut menerbitkan lapan video penerangan ringkas mengenai lapan program di bawah Manifesto Pakatan Rakyat bagi menjelaskan kepada rakyat berkenaan pelaksanaan dan pembiayaan program berkaitan.

Rafizi“Setakat ini, sudah dua video yang disebarkan melalui facebook dan mencapai 1.1 juta sebaran. 
 
Maknanya video tersebut appear (muncul) dalam akaun 1.1 juta orang dan turut dipautkan ke Apps,” jelas Rafizi.

Beliau berkata, pimpinan KEADILAN turut memainkan peranan di laman facebook serta twitter mereka untuk mempamerkan video serta alat kempen pilihan raya.

“Menjelang pilihan raya, kita harap dapat kumpul 1.5 hingga 2 juta pengikut di laman sosial untuk menyebarkan setiap maklumat yang disalurkan,” katanya.

“Kita yakin maklumat boleh disebarkan dengan lebih cepat dan berkesan dalam tempoh berkempen. Segala isu juga kita boleh jawab dengan cepat dan sebarkan terus,” sambung Rafizi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.