Karpal yakin PR menang majoriti mudah, kuasai 7 negeri
30 Mac 2013
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh sekali lagi
mengulangi keyakinannya bahawa pembangkang dapat menawan antara tujuh
dan lapan negeri pada pilihan raya umum kali ini.
"Kita yakin untuk mendapat majoriti mudah pada pilihan raya umum nanti dan menawan tujuh hingga lapan negeri termasuk Negeri Sembilan, Perlis dan Johor," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata pembangkang yakin untuk mengekal pemerintahan empat negeri yang diperintahnya sekarang.
Beliau berkata beliau akan mempertahankan kerusinya itu.
Ditanya mengenai kesediaan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow menerima cabaran Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk bertanding satu lawan satu, Karpal berkata ia tidak perlu bersyarat. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment