Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sebenarnya buang tabiat

PRU13: 'Najib buat lain daripada lain'
G MANIMARAN dan RUZY ADILA IDRIS
29 Mac 2013
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak 
 
SHAH ALAM – Penganalisis bersependapat kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membiarkan Parlimen terbubar secara automatik pada 30 April ini dan menggunakan ruang yang ada, yang sesetengah pihak menyifatkan sebagai "waktu kecederaan" untuk melihat impak menyeluruh pada hari pengundian.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, kemungkinan perkara itu berlaku adalah tinggi.

Dalam situasi sekarang katanya, Najib kini berada dalam keadaan menyiapkan tugas-tugasnya di peringkat terakhir dan kemungkinan untuk mengumumkan tarikh keramat itu selepas Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (Lima 2013).

“Mungkin selepas Lima 2013 semua tugas beliau (Najib) sudah lengkap. Mungkin pilihan raya boleh berlaku dalam bulan April ataupun jika Parlimen bubar secara automatik pada penghujung April, ia akan memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung pada bulan Mei depan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Ketika ditanya mengenai implikasi sekiranya Parlimen terbubar sendirinya, beliau berkata, Najib akan mencipta sejarah dan langkah yang diambil itu mungkin adalah yang terbaik bagi beliau.

“Kadang-kadang, perjuangan sesuatu parti politik kepuasan hati terhadap tanggungjawab dia sudah ditunaikan ataupun tidak.

“Tetapi jangan lupa, beliau menggalas tugas ini melalui peralihan kuasa dan dalam tempoh empat tahun, mungkin beliau merasakan terlalu singkat untuk penuhi program transformasi yang diperkenalkan sehingga terpaksa menunggu penggal tamat supaya ia dapat dinikmati kumpulan sasaran,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod pula berpendapat, dalam keadaan sekarang, semua kemungkinan boleh berlaku dan tarikh pembubaran masih menjadi teka-teki.

“Sebenarnya, dari segi amalan perlembagaan, membiarkan Parlimen terbubar sendiri bukan tidak boleh tetapi ia tidak konsisten dengan amalan itu.

“Kalau amalan biasa, Perdana Menteri akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubar Parlimen dan sudah diamalkan sejak negara merdeka lagi. Jadi kalau ia bubar secara automatik, ia lain dari amalan biasa,” jelas beliau.

Beliau menambah, ada pandangan yang mengatakan, jika Parlimen dibiarkan terbubar secara automatik, ia tidak cantik dari segi amalan perlembagaan.

Namun katanya, pandangan itu bukan pandangan rasmi dan mungkin boleh jadi pandangan majoriti ataupun peribadi.

Bagaimanapun katanya, kemungkinan Najib akan melawan arus atau membuat lain dari lain mungkin mempunyai sebab tersendiri.

“Kalau beliau (Najib) buat begitu, mungkin ada sebabnya yang tersendiri di mana hanya beliau sendiri yang tahu.

“Tinggal lagi kemungkinan perkara itu akan ataupun tidak akan berlaku. Pilihan yang ada sekarang adalah, “ya” atau “tidak” sahaja, hanya Tuhan sahaja yang tahu,” jelasnya.

Mengulas perkara sama, Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Prof Dr Abdul Rahman Abdul Aziz memberitahu bahawa Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), sudah pasti mempunyai strategi sendiri dengan memanjangkan masa itu.

Katanya, langkah melewatkan masa ini kemungkinan untuk menunjukkan cukup tempoh lima tahun Parlimen dan membuktikan kerajaan sekarang tidak begitu ghairah untuk menghadapi pilihan raya semata-mata kerana yang penting ialah memenuhi tuntutan rakyat.

“Fenomena di Malaysia memang begitu iaitu sejak daripada Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sampai ke Najib, kerajaan memang serius apabila membuat sesuatu.

“Kalau pimpinan terdahulu tidak serius untuk wujudkan solidariti, pembangunan, kesejahteraan rakyat dan membentuk negara melalui acuannya sendiri, pastinya Najib juga tidak akan membuat begitu,” katanya.

Katanya lagi bukan soal pilihan raya yang penting sekarang sebaliknya apa ingin dilakukan dan kerajaan wajar lakukan.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian pula menyifatkan Najib kemungkinan mahu menggunakan "waktu kecederaan" dengan sebaik yang mungkin untuk mencari masa yang sesuai bagi memanggil PRU13.

"Kemungkinan beliau mahu kesempurnaan dalam mencapai kemenangan... mungkin beliau merasakan perlu sedikit masa untuk memperoleh dua pertiga kerusi di Parlimen, mungkin itu hasrat beliau," kata beliau lagi.

Sehubungan itu katanya, kemungkinan pendekatan membiarkan pembubaran automatik menjadi amalan pada pilihan-pilihan raya umum akan datang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.