NANTI PADA PENAMAAN CALON APABILA ADA WAKIL RAKYAT BN YANG TAK BAIK AKAN DITENDANG KELUAR SEBAB MEREKA TAK BAIK ? Pak Karamu
MB: Senarai calon BN Perak telah muktamad
29 Mac 2013
IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak telah memuktamadkan senarai calon
yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Besar
Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
Bagaimanapun, kata Pengerusi BN negeri itu, keputusan akhir senarai
calon tetap akan diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
selaku Pengerusi BN.
"Calon negeri Perak akan mempunyai kombinasi (muka baharu dan lama).
Akan ada perubahan kerana sering kali kita sebut untuk kemuka calon yang
terbaik.
"Kami juga menghormati ada calon yang telah menjadi wakil rakyat dan
berkhidmat dengan baik dan mereka boleh dikekalkan," katanya kepada
pemberita pada majlis minum pagi bersama ketua biro organisasi media di
Perak di sini hari ini.
Zambry berkata calon yang disenaraikan ialah calon tempatan dan telah melalui proses tapisan yang merangkumi pelbagai aspek.
"Mungkin ada dalam kalangan mereka dikekalkan dan ada yang digugurkan
bukan sahaja disebabkan faktor tapisan tetapi juga termasuk faktor
populariti," katanya.
Beliau menjelaskan calon yang akan bertanding di kawasan dewan undangan
negeri (DUN) tidak perlu popular di peringkat negeri atau nasional
sebaliknya mereka perlu popular dan disenangi di kawasan DUN yang akan
ditandingi.
Mengenai kemungkinan terdapat pihak yang tidak berpuashati apabila
tidak dicalonkan, Zambry berkata: "Ini manusia, biasalah... adakalanya
dia rasa masih perlu (jadi calon) tapi parti berpandangan perlu ada
pertukaran.
Kami adakan perbincangan dengan baik maka dengan ini ia dapat diselesaikan". Katanya semua pihak yang terlibat telah dijelaskan bahawa apa yang
paling penting ketika ini ialah untuk memastikan kemenangan BN.
Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya perpecahan dalam parti
berikutan calon tertentu tidak terpilih untuk bertanding, Zambry tidak
menolak kemungkinan perkara itu boleh berlaku.
"Saya mahu bercakap secara praktikal. Saya tidak mahu menyatakan bahawa
tidak ada orang sokong sana, orang sokong sini. Apa yang penting ialah
tanggungjawab kita menyelesaikan perkara ini.
"Kita perlu tahu akhirnya suka atau tidak, calon hanya ada seorang. Tak
mungkin ada dua calon daripada parti yang sama," katanya.
Zambry berkata sebagai anggota parti, mereka perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti berhubung pemilihan calon.
Mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen BN, beliau berkata ia dibuat berdasarkan formula untuk memenangkan BN.
"Mungkin ada perubahan untuk kami pastikan kerusi yang ditandingi capai
kemenangan," katanya sambil menjelaskan agihan kerusi hanya akan
diumumkan selepas mendapat persetujuan Najib. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment