Angka Kematian Rusuhan Agama Meningkat
19 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
YANGON: Angka kematian rusuhan agama di tengah Myanmar meningkat
kepada 43 orang dengan lebih 1,300 rumah dan bangunan lain dimusnahkan,
lapor media rasmi pada Ahad.
Akhbar New Light of Myanmar melaporkan, 68 orang ditahan berhubung
rusuhan agama yang menyebabkan 11,376 orang kehilangan tempat tinggal.
"Sebanyak 163 kejadian keganasan dilaporkan berlaku di 15 buah bandar dan pekan,’" lapor akhbar itu.
Jumlah angka kematian rasmi sebelum ini adalah sebanyak 42 orang. - AFP
0 orang berkata:
Post a Comment