"Tidak siuman" : 2 Markaz PAS disimbah cat di Kuala kangsar
18 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA
KANGSAR ; Kehangatan bahang kempen PRU ke 13 makin terasa bila Markas
Pilihanraya PAS Zon Manong yang terletak di Pekan Manong dan Pondok
Panas PAS Cawangan Kg. Gua disimbah dengan cat merah oleh pihak tidak
bertanggung jawab awal pagi tadi.
Penjaga
Markaz Zon Manong tersebut, Ahmad Ibrahim semasa ditemui menjelaskan
bahawa dia menyedari cat tersebut yg di isi dalam plastik berisi air di
lempar pada dua tempat berbeza pada sekitar jam 6.00 pagi tadi.
" Saya jangkakan ianya dilakukan antara jam 2.00 pagi hingga 6.00 pagi tadi" katanya.
Sementara
itu setiausaha markaz tersebut, Mohd Khairuddin Abd Aziz yang ditemui
telah mengesah kejadian tersebut dan mengatakan bahawa dia telah membuat
satu laporan polis di Balai Polis Manong yang terletak sekitar 100
meter dari markaz tersebut.
Bila
ditanya siapakah yang melakukan kerja tidak bermoral itu, beliau
menjelas kan perkara tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk
membuat siasatan dan pemantauan.
"Kami
tidak mahu menuduh siapakan yang melakukan kerja ini, tetapi suka saya
jelaskan bahawa jawapannya mudah sahaja termasuk budak hingusan tahu
siapa yang melakukannya" katanya.
Selain
itu Ketua Cawangan Kg Guar, Abd Wahab bin Mohd Safri semasa di temui
mengesahkan Pondok Panas PAS Cawangannya juga dilempar dengan cat merah
awal pagi tadi.
Walaupun
tidak kena kepada bangunan pondok ianya didapati berserakan di atas
tanah berhampiran dengan bangunan pondok panas yang telah beroperasi
sekitar seminggu itu.
Sementara
itu satu lawatan telah dilakukan oleh ADUN Titi. Serong yang juga AJK
PAS Kawasan Kuala Kangsar bersama YDP PAS Kawasan, Dr. Raja Ahmad
Iskandar untuk melihat dengan dekat kejadian di dua tempat tersebut.
Dr. Raja Ahmad Iskandar semasa di temui melahirkan rasa kesal dengan tindakan yang disifatkan tidak bertamaddun itu.
"Saya
meminta semua penyokong PAS supaya bertenang dan tetap menghormati
undang-undang yang sedia ada serta jangan mudah menggelabah dengan
provokasi musuh" Jelasnya.
ADUN
Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim memohon semua pihak menghormati
markaz dan bahan kempen pihak lawan dengan menghindarkan tindakan tidak
bermoral.
"Saya
kira kita sudah berada ditahap yang matang dalam berkempen tetapi
nampaknya masih ada pihak yang "tidak siuman" sehingga melakukan
tindakan yang menyalahi undang-undang yang sedia ada" Katanya
"Saya
serahkan kepada rakyat menilai atas kejadian ini dan saya telah arahkan
supaya cat tersebut jangan dibersihkan untuk dijadikan kenangan sampai
habis PRU ke 13" katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment