APABILA SALAHUDDIN AL AYUBI KATA JOHOR MILIK PR, MAKA RAMAI ORANG TAK CAYA, ADA YANG KATA MIMPI DISIANG HARI, TAPI ATAS KAJIAN TERKINI MENUNJUKKAN RAMAI RAKYAT JOHOR DAH FAHAM JOHOR AKAN JATUH PADA PR, KERANA ITU SECARA TIBA-TIBA SAHAJA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA KATA "BN AKAN PERTAHANKAN JOHOR HABIS-HABISAN ! TAU TAK APA PASAL DIA CAKAP BEGITU ? FAHAM-FAHAM SUDAH LA, KETUA PENERANGAN TENTU LAH MAKLUM !!! Pak Karamu
BN akan pertahan Johor habis-habisan
31 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menjanjikan tentangan hebat kepada
pembangkang yang ingin menawan Johor pada pilihan raya umum akan
datang, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
"Sebagai Ketua Penerangan Umno, saya tidak akan biarkannya dan akan menentang cubaan mereka habis-habisan.
"Kita akan mempertahankan Johor dengan kesungguhan yang amat tinggi,"
katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Barisan 1Malaysia yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Ahmad diminta mengulas rancangan pembangkang yang ingin menawan kubu kuat Umno itu.
Beliau berkata hasrat pembangkang itu juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak faham dengan politik di Johor.
"Johor sebati dengan Umno dan BN. Perpaduan Melayu di sana sangat utuh.
Jika mereka kata hanya kerana ramai pengundi India dan Cina (di Johor),
mereka boleh tawan Johor, mereka tidak faham politik di Johor
sebenarnya," katanya.
Mengambil contoh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang pada
2011, Ahmad berkata, calon BN Mohd Azahar Ibrahim mampu mempertahan
kerusi itu walaupun komposisi pengundi di kawasan berkenaan ialah 53
peratus bukan Melayu dan 47 peratus Melayu. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment