KUALA LUMPUR: Umno telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berhubung kenyataan beliau yang mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah. 

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan di sini hari ini berkata tindakan itu diambil melalui Penasihat Undang-Undang parti iaitu Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak. 
Beliau berkata notis telah dihantar kepada Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu menuntut supaya beliau dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini berhenti membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu tersebut atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno.