Badan hak asasi manusia Manila akan jumpa Suhakam
KUALA LUMPUR, 17 Mac — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHR)
merancang untuk bertemu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)
bagi menekankan isu keganasan keatas warga Filipina di Sabah, lapor
akhbar STAR Filipina hari ini.
Laman akhbar Filipina tersebut memetik pengerusi CHR, Loretta Ann
Rosales hari ini berkata penting untuk menumpukan terhadap pelanggaran
hak asasi manusia keatas warga Filipina, susulan pencarian penceroboh
Sulu.
“Keutamaan adalah keatas rakan Filipina kami. Kami patut lakukan
sesuatu untuk bantu dan selamatkan mereka,” kata Rosales dipetik dari
laman berita STAR itu.
“Malahan ia akan membawa lebih berpersefahaman antara kedua-dua
kerajaan. Pejabat CHR kami dan mereka akan dapat berkongsi pengalaman
dalam menangani perbezaaan isu hak asasi manusia dan pelanggaran yang
dilakukan oleh kedua-dua negara,” tambah beliau tetapi tidak menyebut
tarikh pertemuan tersebut.
Laporan mendakwa penderaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya oleh
pasukan keselamatan Malaysia semasa pemburuan penceroboh Sulu menjadi
perkara yang dibangkitkan Filipina serta kebimbangan peningkatan
pelarian ekoran warga Filipina yang takut lari menyelamatkan diri.
Walaubagaimanapun tiada sebarang bukti pelanggaran hak asasi manusia
seperti dilapor media Filipina dibekalkan, serta Putrajaya juga mendakwa
tuduhan tersebut sebagai “palsu”.
Rosales berkata wakil CHR akan pergi ke Timor Timur untuk berbincang
isu tentang konflik Sabah dan lain-lain isu hak asasi manusia bersama
dengan negara lain, termasuk Malaysia, Thailand dan India.
“Isu seperti anti-penyeludupan, hak asasi kanak-kanak, antara yang
akan dibincangkan. Tetapi kita perlu pastikan ia disini bahawa kejadian
di Sabah akan dilihat diperingkat kemanusiaan dan bagaimana memasukan
elemen perlindungan sosial keatas mereka yang terlibat,” kata beliau.
“Ops Daulat” yang dilancarkan bertujuan mengusir penceroboh
bersenjata semakin berakhir, namun ketua kumpulan penceroboh Filipina
Agbimuddin Kiram masih lagi belum ditemui, pihak berkuasa juga tidak
menolak kemungkinan dia masih bersembunyi di sekitar Lahad Datu.
Rabu lepas, Presiden Filipina Benigno Aquino III dilaporkan
mengarahkan pegawai rasmi kerajaannya untuk menghantar bekalan makanan
dan memulakan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina ― termasuk
pendatang haram yang masuk mencari pekerja ― yang mana ratusan mereka
telah pulang semula republik tersebut sejak Jumaat lalu.
Media Filipina melaporkan tuduhan terhadap penderaan dan pembunuhan
sewenang-wenangnya semasa serbuan oleh pasukan keselamatan Malaysia
semasa mencari saki baki penceroboh serta keatas mereka yang bersimpati
terhadap kumpulan Sulu tersebut yang mendarat di Lahad Datu sejak bulan
lepas.
Ketika ini, ramai pemimpin Filipina mendesak pentadbiran Aquino untuk
memfailkan aduan kepada Putrajaya atas tuduhan penderaan warga Filipina
yang didedahkan semasa pulang ke negara tersebut sejak konflik berdarah
tersebut berlaku.
Bantilan Esmail II, abang kepada “Sultan” Sulu Jamalul Kiram III, dilaporkan oleh Philippine Daily Inquirer
pada Selasa lalu berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia telah didakwa
melayan buruk warga Filipina di Sabah sejak sebelum berlaku pencerobohan
itu lagi.
Jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini sepanjang pencerobohan
Sulu adalah 66 orang, termasuk 56 penceroboh Sulu dan lapan pasukan
polis serta seorang askar, serta seorang remaja yang tidak diketahui
kewarganegaraannya.
0 orang berkata:
Post a Comment