Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Datum Jelatek: Di mana mereka bila flat diroboh dahulu?



29 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Saya adalah salah seorang penduduk asal Keramat dan telah menetap di kawasan ini lebih daripada 40 tahun yang lalu.

Saya melihat anak-anak saya membesar, berkahwin dan kini hidup bersama keluarga mereka sendiri di kawasan ini juga.

Amira dan Nazib, kedua-dua cucu saya yang sering menziarahi membawa keceriaan kepada hidup saya setelah 5 tahun bersara daripada menjadi guru.

Kehidupan saya sedikit terganggu kebelakangan ini akibat polemik yang melanda kawasan Jalan Enggang dan Taman Keramat melibatkan pembinaan projek pangsapuri mewah Datum Jelatek.

Pelbagai tohmahan, fitnah dan cerita dilemparkan oleh kedua-dua belah pihak yang menyokong dan menentang projek ini. Perseteruan ini begitu menjelekkan dan memualkan rakyat yang sebelum ini hidup dengan aman di kawasan ini.

Kawasan Keramat yang lebih 90% dihuni oleh orang Melayu kini dibayangi persepsi bahawa ia akan dibanjiri oleh orang China dan warga Singapura yang diwar-warkan akan membeli pangsapuri tersebut.

Adakah orang Melayu akan terhakis daripada salah satu penempatan awal Melayu di bandar Kuala Lumpur? Atau adakah Melayu akan terhimpit di celah-celah pembangunan pesat seperti mana yang berlaku di Kampung Baru? Apakah dengan projek ini orang Melayu akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah atau adakah ini satu perancangan untuk meminggirkan orang Melayu?

Sebuah organisasi korporat Melayu, PKNS, dituduh oleh pihak yang begitu lantang bersuara, merancang dengan begitu teliti untuk membuang Melayu dari kawasan Keramat.

Manakala, bagi mereka yang teguh mempertahankan PKNS, mendakwa organisasi inilah yang berusaha untuk memperkasakan Melayu di dalam dan luar negeri.

Bagi penduduk setempat, emosi dan sentimen begitu menusuk hati bagai selumbar untuk membenci PKNS dan Kerajaan Negeri Selangor.

Adakah rakyat begitu bodoh untuk menerima tohmah dan fitnah tanpa sebarang usul periksa? Apakah mereka fikir rakyat tidak mempunyai akal dan pertimbangan yang waras untuk membezakan yang mana intan dan yang mana kaca?

Pertama-tama, projek ini bukan baru sahaja dilancarkan, ianya telah dibincangkan dan menjadi buah mulut lebih daripada 10 tahun yang lalu. Malah ada kenalan saya yang gambarnya terpampang di dada-dada akhbar dua tahun lepas menerima pampasan yang lumayan hampir setengah juta ringgit daripada PKNS bagi pembangunan semula kawasan tersebut.

Malah flat empat tingkat asal tersebut bukan baru hendak dirobohkan tetapi telahpun dirobohkan dan kawasan tersebut diratakan. Proses ini bukan baru tetapi sudah mengambil masa beberapa tahun.

Soalan saya kepada Salleh Samad yang menerajui kumpulan anti Datum Jelatek ini, di manakah tuan semasa perbincangan awal dan pendengaran awam projek ini? Dimanakah Salleh Samad yang mendabik dada sebagai wira Melayu, semasa penduduk asal dengan gembira dan berlapang dada menerima pampasan lumayan daripada PKNS? Dimanakah Salleh Samad ini, ketika jentolak dan kren merobohkan flat Jelatek tersebut dua tahun lalu?

Kenapa Salleh dan konco-konco UMNOnya daripada UMNO Bahagian Ampang (Ismail Kijo), GPRS (Sohaimi Shahadan), GAPS (Hamidzun Khairuddin) dan JMM (Azwanddin Hamzah) tidak merantai diri mereka ke jentolak dan kren tersebut untuk menggagalkan rancangan merobohkan flat Jelatek tersebut dua tahun lalu? Kenapa baru kini mereka berkokok nyaring membakar emosi dan sentimen Melayu dipinggirkan? Begitu jelas, motif mereka adalah politik dan mainan mereka adalah emosi rakyat.

Hanya untuk meraih undi politik, mereka terpekik-pekik melolong menjerit Ketuanan Melayu. Adakah Melayu selamat di bawah manusia-manusia hipokrit ini? TIDAK!!!

Orang Melayu bukanlah lembu yang boleh dicucuk hidungnya dan diheret untuk bersama dengan niat serta hati busuk kumpulan lidah bercabang ini.

Usaha ayah dan ibu tanpa mengenal erti penat menyekolahkan saya dan adik-adik, mengajar saya bahawa ilmu cukup penting dan maklumat adalah senjata yang cukup ampuh.

Bagaimana mungkin sebuah organisasi yang 99% warga kerjanya terdiri daripada orang Melayu sanggup menekan bangsa sendiri. Tidak logik dan tidak masuk akal. Setelah diteliti, nilai asal hartanah flat lama Jelatek hanya sekitar RM2.5 juta, manakala pampasan 15 kali ganda bernilsi RM25 juta yang diberikan kepada 144 penduduk asal telah membolehkan ramai Melayu kini memiliki kediaman lain yang lebih selesa seperti banglo, semi-d dan sebagainya.

Kerajaan Negeri yang meletakkan kuota jualan 50% dan diskaun sebanyak 10% kepada Bumiputera terus menjamin kelangsungan Bumiputera di kawasan ini. Malah nilai kasar hartanah yang dimiliki oleh orang Melayu di Datum Jelatek  mencecah RM500 juta dan dijangka meningkat kepada RM700 juta selepas projek ini selesai dimuktamadkan.

Daripada nilai pasaran sebanyak RM2.5 juta, nilai milikan hartanah Bumiputera dijangka mencecah sebanyak RM700 juta selepas projek ini disiapkan. Ini merupakan lonjakan paradigma sebanyak 280 kali ganda. Sudah pasti yang untungnya adalah Melayu itu sendiri.

Keluasan asal flat lama Jelatek yang dimiliki Melayu hanyalah sekitar 80,000 kaki persegi dan setelah projek ini disiapkan orang Melayu akan memilki lebih daripada 350,000 kaki persegi haratanah yang bernilai tinggi. Melayu manakah yang akan rugi? Fitnah tidak berupaya mematahkan fakta.

Adakah Melayu akan hilang di kawasan majoriti mereka sendiri? Saya dimaklumkan bahawa PKNS menjual hampir 85% rumah mereka kepada orang Melayu. Projek Alam Nusantara PKNS di Setia Alam yang merupakan kawasan pegangan bebas itu lebih 70% dijual kepada orang Melayu.

Siapa yang mengatakan bahawa Melayu tidak mempunyai kemampuan itu hanya menidakkan dan memperlekehkan Melayu itu sendiri. Organisasi korporat Melayu seperti PKNS inilah yang harus disokong dan terus dibantu oleh orang Melayu itu sendiri.

PKNS seharusnya dipuji dan diangkat kerana menerusi perancangan pembangunan ini, taraf hidup orang Melayu terus dipertingkat dan dilonjak lebih tinggi.

Keuntungan yang bakal dicapai oleh PKNS tidaklah seberapa malah keuntungan ini akan terus disalurkan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik seperti pembinaan 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat di Bukit Botak yang melibatkan kerugian RM80 juta kepada PKNS demi untuk melihat orang Melayu hidup dalam keadaan yang lebih selesa.

Mungkin Salleh Samad, Ismail Kijo, Sohaimi Shahadan, Hamidzun Khairuddin dan Azwanddin Hamzah semuanya berang kerana mereka tidak berupaya membolot komisyen daripada projek ini? Mereka tidak mempunyai peluang menjadi orang tengah kerana PKNS melaksanakan tender terbuka.

Bayangkan jika mereka membolot 10% komisyen daripada projek ini RM100 juta ringgit akan masuk kocek mereka tanpa sebarang faedah kepada orang Melayu. Tetapi akibat daripada komisyen yang mereka tidak terima itu, rakyat akan mendapat ribuan rumah mampu milik diseluruh Selangor.
PKNS tidak mengayakan dua tiga kerat pemimpin Melayu elit UMNO yang hidup dengan komisyen dan rasuah. PKNS mementingkan kehidupan rakyat marhaen dan terbanyak.

Melayu harus berubah daripada mentaliti gerai dan menerima gelombang kemajuan dan pembangunan. Kita tidak boleh lagi terus keinggalan.

Penyediaan puluhan ruang-ruang niaga mampu milik untuk manfaat Bumiputera di Datum Jelatek akan memberi peluang kepada orang Melayu terus meningkatkan ekonmi mereka sejajar dengan arus pembangunan. Walaupun Melayu yang berniaga kerepek dan pisang goreng dibantu, sebahagian Melayu juga perlu di lonjakkan untuk berniaga di kompleks niaga seperti di Datum Jelatek. PKNS kini terbuka untuk melatih usahawan-usahawan Melayu tempatan dari Keramat untuk mengisi kekosongan ruang-ruang niaga tersebut.

Salleh Samad dan pembesar UMNO, Ismail Kijo mahu Melayu terus merempat dan kekal sebagai rakyat kelas ketiga walau di tanah sendiri. Mereka tidak mahu Melayu berjaya dalam ilm pengetahuan dan perniagaan.
Untuk mereka jika Melayu itu cerdik dan pandai, maka ia akan menutup peluang mereka untuk rasuah, ia akan menutup peluang mereka untuk memegang tampuk kekuasaan dan mereka tidak akan berupaya untuk membuncitkan perut mereka membolot kekayaan. Dua tiga kerat pemimpin elit UMNO telah lari daripada perjuangan asal membela rakyat, mereka hidup mewah berkereta besar, rumah agam bertingkat-tingkat akibat daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Sebelum Ismail Kijo mahu mendabik dada kononnya sebagai calon DUN Bukit Atarabangsa dan meraih undi rakyat Keramat, beliau harus menjawab isu bahawa beliau jualkan tanah rizab sekolah agama kepada Bukan Melayu. Pemimpin fasik sebeginikah yang harus kita percaya? Pemimpin bangsawan UMNO kini menjilat ludah mereka sendiri kerana bersikap anti-pembangunan bukan kerana mereka prihatin dengan nasib rakyat tetapi mementingkan kocek dan saku mereka. Tampuk kuasa menjadi motif utama, wang ringgit menjadi taruhan.

Selamatkan Melayu daripada pembohongan dan fitnah UMNO serta juak-juak mereka!

Saya tidak mahu cucu-cucu saya tinggal di flat lama AU3 yang terbiar dan tidak terurus Itu. Saya mahu mereka hidup selesa tanpa dibebani masalah jenayah dan sosial. Datum Jelatek akan membantu mereka mencapai impian saya untuk kehidupan selesa mereka.

Akhirul Kalam, Wassalamu'alaikum warahmatullah.

Guru Pencen
Taman Keramat

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.