Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 7 Mac 2013

Ganbar : Perkembangan Operasi Pasukan Keselamatan Di Lahad Datu 7/03/2013








 Foto : Bernama

 Kejadian tembak-menembak kembali tercetus hari ini di kawasan operasi Kg Tanduo ketika pasukan keselamatan kita meneruskan operasi menggeledah untuk mencari saki baki kumpulan penceroboh.Laman Utusan Online melaporkan, kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira jam 9.15 pagi.

Ia turut melaporkan, pasukan keselamatan turut melepaskan tembakan dari kereta perisai pada jam 8.30 pagi.Sementara itu, pesawat udara tentera juga dilaporkan berlegar di udara pada jam 7.30 pagi di kawasan operasi itu.
Kosmo pula melaporkan Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan pengganas bersenjata di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihak keselamatan turut menangkap pengganas yang cuba masuk dan keluar daripada Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.

"Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.
"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, di sini hari ini.
Mengenai kumpulan pengganas yang dipercayai menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata, pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan. – BERNAMA
Dalam perkembangan berkaitan laporan Malaysian Insider menyebut pemimpin militan Agbimuddin Kiram tidak menghubungi rumah dalam masa 24 jam, kata abangnya, lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, pagi ini, dikala jet pejuang Malaysia turun sekali lagi di Sabah untuk mencari pemberontak Sulu.
Siaran televisyen Filipina ABS-CBN News Channel mengatakan pagi ini, keluarga Kiram semakin bimbang berhubung keselamatan tentera mereka di Lahad Datu, dimana tentera Malaysia telah masuk melalui darat dan udara, dalam operasi untuk membentras kumpulan militan tersebut.
“Menurut Sultan Jamalul Kiram, sehingga kini, beliau masih belum mendapatkan perkembangan dari Datuk Raja Muda Kiram yang sekarang ini berada di Sabah,” kata wartawan siaran tersebut Jerome Lantin jam 8.00 pagi tadi.
“Sultan mengatakan semakin sukar untuk berhubung dengan tentera Di Raja sekarang kerana mereka terpisah-pisah.”
Wartawan itu melaporkan tentang perkembangan terbaru keluarga Kiram, yang kini menetap di Taguig City, Filipina, dan dianggarkan 40 orang tentera “Di Raja” telah gugur semenjak pertempuran pertama minggu lalu.
Sementara Mstar melaporkan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.
"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis," kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com. Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.
Beliau berkata ini adalah "untuk membalas seruan PBB bagi memelihara nyawa."Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.
Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.Kompilasi ~ Tinta Hijau DKB

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.