Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Najib: Sabah wilayah sah Malaysia, akan dipertahan

7 Mac 2013
Najib
Najib berbincang dengan Zahid Hamidi ketika sidang media di Lahad Datu hari ini. Foto Bernama
 
 LAHAD DATU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Sabah akan terus dipertahankan sebagai sebuah negeri di dalam Malaysia dan tiada pihak yang patut mempertikai kedudukan mutlak itu.

"Soal Sabah dalam Malaysia tidak patut dipertikaikan oleh sesiapa.

"Jangan sesiapa memandang iltizam Malaysia bahawa Sabah adalah wilayah dalam Malaysia selama-lamanya. Tiada siapa yang boleh pertikaikan (sama ada) dari dalam dan luar negara.

"Kita akan pertahankan prinsip (Sabah di bawah Malaysia) dan hakikat ini secara mutlak," katanya kepada pemberita selepas meninjau dan mendengar taklimat Op Daulat di Felda Sahabat 16, Felda Sahabat, dekat sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.  
  
Najib berkata soal hak milik Sabah dalam Malaysia tidak sepatutnya berbangkit kerana perkara itu telah termaktub dalam perundangan negara.

"Saya ingin tegaskan soal polemik sama ada Sabah sebahagian Malaysia bahawa isu itu telah dimuktamadkan sejak 1878 dan Sabah merupakan wilayah yang sah di Malaysia," katanya.

Malah beliau berkata Suruhanjaya Cobbold telah mendapatkan pungutan suara rakyat Sabah dan dua pertiga daripada rakyat negeri ini bersetuju menjadikan wilayah berkenaan sebahagian dari Malaysia.

Keputusan Suruhajaya Cobbold itu juga mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau berkata pungutan suara itu dibuat dengan cara demokratik dan atas faktor itu tiada sesiapapun yang boleh mempertikaikan perkara itu.

Justeru Sabah akan terus kekal menjadi sebahagian daripada Malaysia selama-lamanya, katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.